in

“Budak terlanggar tiang gol” – Tular Dakwaan Kes Buli Tahun 2023, JPN Sabah Nafi Ia Berlaku Di Sekolah Sama

tiada kes buli terlanggar tiang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, tular satu dakwaan daripada seorang bapa yang mengatakan anaknya telah menjadi mangsa buli di sekolah yang sama dengan Adik Zara Qairina.

Menerusi perkongsian itu, si bapa memaparkan keadaan anaknya yang mengalami lebam teruk di bahagian mata dan kepala sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.


524089574 24375463228715276 4766008230297688700 n

Walau bagaimanapun, dalam satu perkembangan baru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah telah menafikan dakwaan berlakunya kes buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Papar pada tahun 2023.

Menurut Sinar Harian, pengarahnya, Datuk Raisin Saidin berkata, siasatan mendapati kes tersebut tidak berlaku di sekolah berkenaan, malah identiti pelajar itu juga tidak dikenali.

Kes ini tidak ada berlaku di SMA Tun Mustapha, tiada yang kenal pelajar ini. Malah tidak ada laporan disiplin yang JPN terima berkaitan kes ini sebab ia tidak berlaku di sekolah itu,” katanya.

Artikel berkaitan: Selain Zara Qairina, Bekas Guru Dedah Rupanya Ada Kes Buli Lain Di Sekolah Sama?

2483380

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai arahan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebook yang meminta JPN Sabah menyiasat kes tersebut.

Pun begitu, Raisin menjelaskan kes itu sebenarnya berlaku di sekolah lain dan bukan melibatkan insiden buli, sebaliknya pelajar itu terlanggar tiang gol.

Ya di sekolah lain, budak terlanggar tiang gol dan tiada kaitan buli. Kes juga telah selesai pada tahun yang sama dan ibu bapa murid telah menarik laporan polis,” katanya.

Bapa pelajar buat permohonan maaf 

Dalam pada itu, bapa kepada pelajar yang mendakwa anaknya telah dibuli terbabit telah membuat permohonan maaf di laman sosialnya dengan mengatakan dia telah tersilap menyatakan nama sekolah anaknya.

Sekolah tersebut katanya dari daerah yang sama, lalu timbul kekeliruan di atas nama tersebut. Walau bagaimanapun, bapa mangsa tidak memberi penjelasan mengenai sama ada anaknya benar-benar dibuli ataupun tidak.

maaf mohon

Apa-apapun untuk kes adik Zara ini kita tunggulah laporan daripada pihak polis dan kurangkan berspekulasi. Harap mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan kelak. 

Sumber: Sinar Harian

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.