in

Budak Lelaki Main Lato-Lato Sambil Buang Air Kecil Kerana Tidak Mahu Tewas

Cats 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda sering melayari media sosial, pasti anda tahu berkenaan trend terkini negara jiran kita, Indonesia. Permainan lato-lato kini sedang hangat dimainkan oleh remaja di sana sehinggakan ada pertandingan yang dibuat untuk permainan itu.


Terbaharu, seorang kanak-kanak ternyata terlalu mengambil serius pertandingan lato-lato yang disertainya apabila dia tetap meneruskan permainan meskipun ketika membuang air kecil.

1 2 8

2 14

Menerusi satu video yang tular, seorang kanak-kanak menjadi bualan ramai apabila dia dilaporkan perlu membuang air ketika permainan lato-lato sedang dijalankan. Difahamkan, permainan tersebut sudah berlangsung selama 2 jam dan masih tiada pemenang yang diumumkan.

Tidak mahu kalah kerana panggilan alam, kanak-kanak tersebut membuang air di sebuah tempat terpencil sambil dibantu oleh seorang lelaki dewasa.

Ketika tangan kanak-kanak itu sedang galak menggerakkan lato-lato, lelaki dewasa itu dilihat sedang menghulurkan tangan untuk memudahkan urusannya.

Video ini tenyata tular di media negara jiran dan mendapat perhatian ramai. Rata-ratanya berpendapat kanak-kanak ini terlalu mengambil serius tentang pertandingan lato-lato itu.

Ada juga yang mempersoalkan kesanggupan lelaki dewasa itu yang dilihat membantu kanak-kanak itu membuang air kecil. Tidak tahu apa yang dilakukannya, namun ramai warganet meluahkan rasa simpati kepada lelaki dewasa itu.

Untuk rekod, tiada kenyataam yang melaporkan siapa pemenang pertandingan tersebut. Namun, penulis berharap agar kanak-kanak tersebut menjadi juara.

BACA: Fesyen Remaja Indonesia Curi Tumpuan Ramai, Pernah Disangka Pencuri Oleh Ibu Kekasih

Capture 16

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.