in

Budak 7 Tahun Menangis Ketakutan, Ditinggal Bapa Di Tepi Lebuh Raya Sebab…

budak kena tinggal bapa tepi lebuh raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang bapa dari Zhejiang, China telah mencetuskan kemarahan ramai selepas nekad meninggalkan anaknya di tepi lebuh raya.

Tindakan itu katanya dibuat disebabkan kanak-kanak lelaki tersebut telah bertengkar dan memukul abangnya ketika berada di dalam kereta.


Marah dengan apa yang berlaku, si bapa telah menurunkan anak lelakinya itu di tepi Lebuhraya Kebangsaan No. 219 di Wilayah Autonomi Xinjiang, China sebelum ditemui secara kebetulan oleh seorang pempengaruh permotoran yang lalu di kawasan itu.

budak 4

Bimbang dengan keadaan kanak-kanak yang dianggarkan berusia antara 7 ke 8 lapan tahun itu berseorangan di tepi jalan, pempengaruh berkenaan kemudian cuba membantu dengan meminta nombor telefon keluarganya.

Kanak-kanak itu kemudian menceritakan punca mengapa dia ditinggalkan di tepi jalan kepada pempengaruh tersebut.

Abang sulung saya cakap benda buruk pasal saya, kemudian saya memukulnya. Ayah jadi marah dengan saya. Dia menyuruh saya keluar dari kereta,” luah kanak-kanak itu.

budak 2

Artikel berkaitan: Kanak-kanak Cedera Ditik*m Oleh Bapa, Suspek Dipercayai Mempunyai Masalah Mental

Artikel berkaitan: “Tak wajar & tak boleh diterima” – Nancy Shukri Bersuara Lepas Tular Bapa Panggil Anak ‘Mini Wife’

Ibu kanak-kanak terpaksa berjalan kaki untuk ambil anak semula 

Pempengaruh itu kemudian menelefon bapa kanak-kanak itu setelah mendapat nombornya dan bertanya jika lelaki itu tahu bahawa anaknya ditinggalkan di kawasan itu.

Bapa kanak-kanak itu kemudian menjawab,

Saya tahu. Ibunya sedang berjalan di tepi lebuh raya untuk mengambilnya semula.”

Dalam pada itu, menerusi rakaman video yang dikongsikan, pempengaruh terbabit telah menyelar tindakan tidak bertanggungjawab si bapa dan menyifatkan ia sebagai keterlaluan.

budak 1

Ketika kejadian berlaku, difahamkan sebuah kenderaan dari Mahkamah Turpan pada masa itu sedang memantau situasi lebuh raya dan kemudian menyerahkan budak lelaki itu ke balai polis berhampiran.

Ayahnya dikenal pasti sebagai Wang telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial dan mengakui dia hanya memandu sejauh 1.5 kilometer iaitu kira-kira dua minit sebelum menyuruh isterinya berjalan kaki menjemput anak mereka semula.

Si bapa juga ada memuat naik video terkini anaknya pada 17 Ogos lalu dan kanak-kanak itu memaklumkan keadaannya kini baik-baik sahaja.

Terima kasih kepada semua yang prihatin terhadap saya. Saya baik-baik sahaja. Orang tua saya melayan saya dengan baik dan kami sekarang sedang menikmati barbeku,” katanya.

Sumber: SCMP, mStar

Sumber: SCMP
Sumber: SCMP
Sumber: SCMP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.