in

Budak 12 Tahun Ditemui Tidur Atas Pembahagi Jalan, Rupanya Ibu Dan Ayah Dipenjara Sebab Dadah Dan Bunuh Bayi

Bi4

Tengok berita anak kecil ditinggal sendirian memang menyedihkan. Usia di mana sepatutnya belajar di sekolah, bermain dengan kawan-kawan tak dapat dirasai oleh kanak-kanak 12 tahun ini.

Berita yang baru dilaporkan oleh kompas.com ini akan meruntun hati sesiapa yang membacanya.

Seorang kanak-kanak dilihat orang ramai tidur di atas pembahagi jalan dengan hanya beralaskan kotak di sekitar lampu merah Simpang Wariji, Kecamatan Bebesan, Kabupaten Aceh Tengah.

Insiden tersebut telah dirakam oleh penduduk sebelum hal ini mendapat perhatian pihak berkuasa daerah Bebesen, Arisa.

Bi

Budak tersebut yang dinamakan sebagai HR, dijumpai dalam keadaan demam.”

Arisa menjelaskan, kanak-kanak itu terlantar sendirian kerana kedua orang tuanya telah dipenjara.

“Ayahnya dipenjara berkait dadah manakala ibunya ditahan atas dakwaan menanam bayi luar nikah.”

Anak ini bahkan mengaku bahawa dia adalah anak kepada wanita yang telah menanam bayinya hidup-hidup baru-baru ini di Kecamatan Pegasing.”

Kecil-kecil lagi dah lalui banyak dugaan. Admin doakan yang terbaik untuk awak dik.

 

Baca : “Kanda, Allah mengangkat darjat orang yang ikhlas” – Lelaki Indonesia Cerita Detik-detik Akhir Isteri Meninggal Dunia Kerana COVID 19

Bi5

Sumber: kompas