in

Buaya Sepanjang 1.2 Meter Sesat Dalam Sekolah, Berjaya Ditangkap Oleh Bomba

buaya sesat dalam kawasan sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seekor buaya telah berjaya ditangkap selepas haiwan tersebut tersesat masuk ke dalam kawasan sebuah sekolah di Simpang Renggam, Johor.

Menurut laporan Buletin TV3, buaya sepanjang 1.2 meter itu telah dikesan di dalam kawasan SMK Dato Rahman Andak.


Pihak bomba telah ke lokasi kejadian untuk menangkap reptilia berkenaan setelah dihubungi pihak sekolah.

buaya masuk kawasan sekolah

Artikel berkaitan: “Mungkin ia tersesat” – Penampakan Buaya, MBSA Nasihatkan Orang Ramai Hati-hati Ketika Beriadah

Artikel berkaitan: Ikan Arapaima Yang Libas Anggota Jabatan Perikanan Dilaporkan Sudah Mati

anak buaya

Difahamkan, anak buaya itu telah dikesan oleh pengawal keselamatan sekolah dan nasib baik ketika itu, tiada pelajar di sekolah itu, jadi keadaan tidak bertukar menjadi panik.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dari manakah haiwan itu datang dan bagaimana ia boleh tersesat di kawasan sekolah itu.

Difahamkan juga, buaya tersebut akan diserahkan kepada pihak Perhilitan selepas ditangkap oleh bomba menggunakan penjerut.

Sumber: Buletin TV3

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.