Sekarang ini semua tengah sibuk dok promote parti politik masing-masing untuk PRU yang akan tiba tak lama lagi. Kalau kita tengok kat tepi jalan raya tu, penuh dengan poster-poster bakal pemimpin yang dorang nak. Tapi ada pula kes yang terjadi baru-baru ini, di mana seorang gadis luah rasa kesal dia apabila ada pihak yang tak bertanggungjawab guna gambar dia untuk dijadikan sebagai bahan kempen politik. Amboi amboi.. Suka hati je!
Gadis yang baru berusia 19 tahun, Aidaazira, luah dekat akaun Twitternya, yang dia sangat terkejut apabila tengok gambarnya dah disalahgunakan oleh pihak yang tak bertanggungjawab, dengan sesuka hati dorang guna gambar gadis itu untuk promote parti politik ini.
“Kalau boleh saman and aku tahu siapa buat gambar ini, sumpah aku maki. Kau mesti orang politik dah 21 ke atas. Suka-suka hati kau nak guna gambar aku. Sumpah aku tak halalkan, makin benci pulak dengan politik. Over the limit lah orang zaman sekarang” KANNN!
Menurut gadis yang mempunyai lebih daripada 3 ribu pengikut di Twitternya, dia rasa sangat malu apabila kawan dan pensyarah dia asyik tanya tentang poster yang jelas terpampang wajahnya itu. Apa yang mengeruhkan lagi keadaan bila poster dia tu dah start publish dekat surat khabar tertentu.
“Dah lah curi gambar orang. Lepas itu buat poster tah apa-apa. Nak kempen, kempen jelah. Tak payahlah mengacah suruh orang jangan cari bini muda lah apa lah”
Dalam pada masa yang sama, Wendy Lean menerusi Facebooknya, juga mengalami situasi yang sama dengan gadis itu. Katanya dia memang langsung tak tahu apa-apa sampailah kawan-kawannya start tanya apabila gambar dia tular dekat media sosial.
“Gambar itu diambil kira-kira lima tahun lalu untuk sebuah syariakt pengimejan dan ketika itu kami memegang papan tanda like“
Wendy sangat terkilan dan langsung tak sangka yang ada orang akan ambil kesempatan dengan gambar dia tu. Lepas je kejadian ini berlaku, Wendy terus hubungi syarikat pengimejan tersebut untuk dapatkan pengesahan bahawa gambar yang dimiliki syarikat terbabit sama sekali tak boleh digunakan untuk tujuan politik.
Dorang ni kalau nak promote parti politk tu buat lah cara yang berkhemah sikit. Ini pergi guna gambar orang lain.. Kesian dorang tahu tak!!
Baca: [VIDEO] Lelaki Tular Lepas Dirakam Rosakkan Bendera BN dan Maki Orang Awam