in

“Niat nak buat ‘prank’ tapi…” – Lelaki Ditahan Kerana Menyamar Jadi Polis

Menyamar Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang tahu tak menyamar sebagai polis itu satu kesalahan?


Seorang lelaki baru-baru ini ditahan gara-gara menyamar menjadi seorang anggota polis, difahamkan lelaki berkenaan menyamar dan melakukan prank berkenaan untuk menghantar kek di Balai Polis Tapah, Padawan, Sarawak.

Difahamkan, suspek berusia 36 tahun itu datang ke balai polis berkenaan dalam pukul 3.20 petang semalam dan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai kanan polis dari Bukit Aman kepada anggota polis yang bertugas sebagai penyelia kaunter aduan.

Untitled Design 2023 02 20T164927.205 1

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek kemudian mengarahkan anggota polis terbabit untuk masuk ke kaunter aduan dan menyatakan dirinya adalah Pegawai Turus dari Bukit Aman.

Menurut laporan Kosmo!, individu itu berkata kedatangannya adalah untuk menangkap anggota berkenaan.

“Suspek kemudian berkata hendak keluar bagi mengambil fail dan apabila masuk semula ke balai, suspek membawa sebiji kek dan menyatakan tindakannya sebelum itu adalah ‘prank’.

Kek yang dibawa oleh suspek merupakan tempahan daripada seorang pelanggan untuk diberikan kepada anggota polis terbabit,” katanya.

Lebih mengeruhkan keadaan, ketika disoal, suspek sekali lagi memberitahu dia merupakan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

“Namun, melalui pemeriksaan dokumen kita mendapati suspek adalah orang awam dan isterinya menjalankan perniagaan tempahan kek,” katanya.

Disebabkan itu, Abang Zainal berkata, suspek ditahan di lokap Balai Polis Siburan, dia disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan direman di Mahkamah Kuching.

Adoi, naya…

Baca: “Mental punya orang!” -Individu Menyamar Jadi Kaunselor Penyusuan, Siap Minta Video!

Kaunselor Penyusuan

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.