Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan rakaman sekumpulan lelaki yang cuba memperdaya pelancong dari Singapura untuk berhenti di tengah jalan dengan meletakkan lampu siren di atas kereta dan menyamar seolah-olah mereka anggota polis.
Bagaimanapun, mangsa dilaporkan meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan gesaan suspek itu yang telah mengekori mangsa sekian lama. Disebabkan perkongsian itu viral, pihak polis kini sedang memburu suspek.
Menyamar jadi polis
https://twitter.com/jnmalaysia/status/1665721009822142469?s=46&t=SrE5_5lzY2RkVk38dieDhw
Pemangku Ketua Polis IPD Kulai, Johor, Superintenden Yusof Haji Othman menjelaskan bahawa siasatan mendapati bahawa kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 41.5 Lebuhraya Utara-Selatan dan pihak polis kini sedang memburu suspek.
Salah satu suspek merupakan penjawat awam
Walau bagaimanapun, pihak polis semalam telah berjaya memberkas 2 suspek yang merupakan lelaki tempatan yang berumur dalam lingkungan 43 dan 48 tahun. Ketua Polis Johor, Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, salah seorang suspek merupakan penjawat awam.
“Pihak polis telah membuat rampasan satu baju pantulan cahaya, satu beacon light mudah alih, lampu suluh fenixe 35, headlight serta kereta Honda City bersama anak kunci.”
“Kedua-dua suspek akan direman di Mahkamah Majistret Kulai, pada 6 Jun jam 10 pagi.”
Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya. Mereka juga akan disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 di mana suspek boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang atau RM 100,000.00 yang mana lebih besar.
Mereka juga boleh didenda tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang atau RM 500,000.00, yang mana lebih besar atau penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Baca : “Niat nak buat ‘prank’ tapi…” – Lelaki Ditahan Kerana Menyamar Jadi Polis