in

“Buat laporan agar Najib, isteri tak dapat lari”

Mahjib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Situasi nampaknya makin rumit buat Datuk Seri Najib Razak apabila satu-satu individu mula berani attack bekas Perdana Menteri ni dengan pelbagai tuduhan. Lepas imigresen barred Najib dari keluar Malaysia, tetiba bekas pegawai SPRM pulak dah buat laporan terhadapnya.


Menurut Malaysiakini, bekas pegawai kanan SPRM yang jugak Bekas Pengarah Risikan dan Siasatan SPRM, Datuk Abdul Razak Idris dah buat laporan berkaitan tindakan Najib menghalang siasatan kes Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Razak Idris
sumber: fmt

 

Minta Datuk Seri Najib isytihar harta 

Abdul Razak menggesa agar SPRM take note akan kes ini dan tuntut bekas PM tu untuk isytihar hartanya. Malah jika nilai harta yang dimiliki tu tak setara dengan emolumen sah, Datuk Seri Najib diminta beri penjelasan.

“Saya sebenarnya diminta bos saya dulu buat laporan segera agar Datuk Seri Najib, isteri, anak-anak dan proksi mereka tak sempat lari dan tindakan diambil sebelum sempat lari.

“Jadi itu antara sebab saya buat laporan, hari ini,” katanya dalam sesi live di Facebook sebuah portal.

Fmt Rosmah Najib Ndi Reuters
sumber: fmt

 

Bekas PM bakal dipenjara jika gagal jelaskan tentang harta 

Tambahnya lagi, jika Datuk Seri Najib gagal jelaskan mengenai jumlah harta yang berlebihan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan denda 5 kali ganda harta yang tak boleh dijelaskan. 

Menurut Abdul Razak, dia akan membuat 2 laporan di bawah Seksyen 24 Akta SPRM 2009 iaitu di bawah kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan. Dan satu lagi laporan di bawah Seksyen 36, di bawah akta yang sama.

Rasuah Projek Sprm Tahan Dua Pegawai Kanan Uem Sunrise
sumber: ismaweb

Bila ditanya siapa bos yang menyuruh Abdul Razak buat demikian, dia tak mahu menjawab. Siri kejadian ini adalah selepas susulan daripada tumbangnya kerajaan Barisan Nasional pada PRU14 9 Mei lalu.

Marilah kita doakan semoga makin banyak lagi misteri dan kes jenayah yang terungkai selepas ini. Bagi yang masih takut-takut untuk membuat laporan, ambil semangat mereka ni sebagai kekuatan untuk menegakkan keadilan! 

Baca: TERKINI: Bekas PM Dan Isteri Nak Lari? 

Najibun Lari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.