“Buat bayar hutang” – Isteri Tak Kisah Suami Kena ‘Sailang’ Lepas Perempuan Simpanan Bagi RM30,000

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Satu berita duka buat isteri apabila mengetahui suaminya curang, pastinya akan cuba mempertahankan hubungan yang telah dibina sekian lama.

Tapi lain pula dengan wanita daripada Karnataka, India ni, dia dengan mudah melepaskan suaminya dengan harga RM 30,000.

 

Sebab nak lunaskan hutang

Sumber : Google Image

Wanita yang dikenali senagai Ramya ini bersetuju untuk ‘jual’ suaminya dengan teman wanita baru demi nak lunaskan hutangnya. Dia sebenarnya dah tahu yang suaminya tu curang sebab selalu tak balik rumah, lapor The Star.

Ramya dan suaminya juga sering bertengkar sampailah dia tekad untuk jumpa teman wanita suaminya tu untuk bersemuka. Mereka berbalah sampailah timbul isu yang dia ni banyak hutang.

Jadi, teman wanita suaminya terus menawarkan pertolongan untuk lunaskan hutang Ramya dengan syarat berpisah dengan suaminya.

Sumber : Shuttershock

Pada mulanya Ramya memang terkejut dengan tawaran tu, tapi dia pun terima untuk ambil wang yang ditawarkan memandangkan suaminya pun dah tak berkenan dengan dia lagi.

Pada mulanya Ramya minta RM 100,000 tapi setelah dibincangkan semula dia terima dengan jumlah RM 30,000. Dah terima mereka pun bercerai.

Hurm, boleh jadi senang macam tu je, tapi tak apalah sekurang-kurang Ramya tak payah tanggung beban hutang lepas tu nak hadap perangai suami curang tu lagi dah.

 

Baca : “Mudah pada orang lain…”- Wanita Beranak Tiga Dicerai Selepas Viralkan Kisah Kecurangan Suami

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?