Sebuah bot yang membawa lebih kurang 90 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari beberapa negara berdekatan Malaysia seperti Rohingya, Bangladesh dan Myanmar dilaporkan telah karam berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand.
Menurut Free Malaysia Today, bot berkenaan karam kerana dipercayai telah pecah ketika dalam perjalanan membawa puluhan PATI.
Dalam kejadian itu, enam orang PATI ditemui selamat manakala seorang wanita pula maut.

Artikel berkaitan: “Dipercayai berlaku ketika kejadian ribut” – Bot Terbalik Di Pulau Perhentian, 3 Mangsa Maut
Artikel Berkaitan: Cuaca Tak Menentu & Laut Bergelora, Ramai Risau Lihat Rakaman Bot Dipukul Ombak Di Pulau Tioman
Menurut Ketua Polis Kedah, bot yang membawa 90 PATI itu adalah tergolong dari kapal besar yang membawa 300 orang PATI.
300 orang PATI itu kemudiannya dipisahkan ke dalam tiga bot kecil untuk memasuki sempadan negara ini.
Salah satu daripada tiga bot itu karam manakala dua lagi bot setakat ini masih belum dapat dipastikan kedudukannya dan kini sedang giat dikesan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin.
Difahamkan, dipercayai kira-kira RM13,000 telah dibayar oleh setiap seorang PATI tersebut kepada sindiket untuk memasuki Malaysia.
Sumber: Free Malaysia Today
