Manusia ni memang selalu nak buat benda yang dilarang. Sebabtu walaupun dah ramai orang beri amaran, ada je orang yang gatal tangan nak spoil cerita dekat media sosial kan?
Salah satu cara nak elakkan dari tengok spoiler adalah dengan tutup media sosial dan jadi orang yang terawal tengok movie, sama lah macam apa yang syarikat dari Hong Kong ini lakukan.
Menurut World Of Buzz, semalam seorang majikan telah book satu hall wayang untuk tengok Avengers sebab dia risau pekerja dia akan spoilkan movie tersebut. Haha sanggup tau.
Disebabkan pekerja-pekerjanya perlukan media sosial untuk bekerja, jadi mereka bila-bila masa je boleh ternampak spoiler Avengers. Jadi, bos mereka yang bertimbang rasa ini buat keputusan untuk bawa semua pekerja-pekerjanya menonton wayang pada waktu bekerja. Uish seronoklah dorang!
“Ini bukan sebahagian dari benefit syarikat kami, tapi ini cara kami sesuaikan diri dengan situasi. Kerana kami perlu gunakan Facebook, Instagram dan WeChat untuk bekerja, kami berisiko untuk terlihat spoiler Avengers: Endgame.
“So, pagi ni masa kami sedang bekerja, bos setuju untuk book satu hall dan tengok movie ini untuk elakkan spoiler.”
Posting syarikat ini telah berjaya menarik perhatian netizen yang menyampaikan rasa kagum dorang dengan tindakan bos ini. Siap ada yang minta kerja lagi.
“Untungnya dorang! Saya siap kena mintak cuti lagi nak tengok cerita ni. Tu pun bos dah pandang slack.”
Kalau korang dah tengok Avengers, janganlah spoilkan dekat media sosial. Kesian yang tak tengok lagi tu.