Terdahulu tular sebuah video yang memaparkan orang awam memecah masuk ke premis Mydin demi mendapatkan makanan kerana sudah beberapa hari terputus bekalan keperluan.
Isu itu telah mendapat perhatian Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang kemudian menghalalkan segala makanan yang diambil kerana kasihan dengan nasib mangsa banjir.

Walau bagaimanapun, menurut Free Malaysia Today semalam, Ameer mendedahkan bahawa mereka yang memecah masuk premis tersebut dikatakan berniat melakukan rompakan apabila bersenjatakan pisau dan parang.
“Menceroboh bukan untuk makanan tetapi masuk mencuri”
Malah individu yang terlibat juga dilihat membawa lari barang bukan keperluan seperti barangan elektrik dan pelbagai barangan berharga lain seperti jam tangan, peralatan komputer dan lain-lain di tingkat 1 kedai itu.
Melihat barang-barang yang dicuri, mereka menceroboh (kedai) bukan untuk makanan tetapi masuk untuk mencuri,” kata Ameer yang menganggarkan kerugian mencecah antara RM200,000 hingga RM300,000.

Berdasarkan rakaman CCTV, beliau dan pihak pengurusan mendapati sekumpulan lelaki itu memecahkan pintu depan kedai menggunakan kayu dan parang sebelum masuk ke tingkat 1 yang menempatkan barangan elektrik.
Kalau lapar perlu ke bawa pisau dan parang?” katanya lagi.
Ameer yang sebelum ini menghalalkan perbuatan individu memecah masuk cawangannya di Sri Muda, Shah Alam berkata, kemaafan tersebut berdasarkan niat mangsa banjir yang menceroboh untuk mendapatkan bekalan makanan bagi kelangsungan hidup kerana bantuan lambat tiba dan bukan sebaliknya.

“Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut.
“Namun, dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup,” katanya.
Kalau menceroboh Mydin dengan niat untuk bagi anak makan tu bolehlah diterima tapi kalau sampai bawa parang ni… min rasa tak eloklah kita ambil kesempatan di dalam keadaan genting macam ni.
Baca: “Saya halalkan” – Pengarah Urusan MYDIN Mart Halalkan Mereka Yang Pecah Masuk Cawangan Sri Muda

