in

“Borong motor sudah biasa” – Sekampung Borong Kereta Mewah Lepas Dapat Wang Pampasan Dari Syarikat Minyak

borong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat pandemik COVID 19, mungkin ada di antara kita yang terpaksa menjual harta seperti rumah ataupun kenderaan demi kelangsungan hidup.

Namun lain pula ceritanya daripada sebuah kampung dekat Tuban, Indonesia ini apabila satu kampung katanya telah memborong kenderaan mewah lepas dapat wang pampasan tanah daripada syarikat minyak Indonesia, Pertamina. 


Menerusi video TikTok yang viral, ia memaparkan deretan towing truck dilihat memasuki Desa Sumurgeneng, Tuban, Jawa Timur dengan membawa pelbagai jenis kereta yang antaranya dari jenama Toyoto, Honda, Mitsubishi dan macam-macam lagilah. Wow amboi kayo betul satu kampung! 

@rizkii.02

borong motor sudah biasaa #fyp #fypシ #foryoupage #krisbeekingoyang #viral

♬ DJ opus baby family_editing text K.A.D_project07 – ?³¹

Bila ditanya kesahihan video tersebut kepada penduduk kampung di sana, mereka mengesahkan perkara itu dan memberitahu yang pada hari berkenaan saja 17 unit kereta diborong penduduk kampung, lapor Detik.

Ya, memang benar video yang viral. Itu adalah pembelian kereta baru secara serentak sebanyak 17 unit oleh penduduk Desa Sumurgeneng,” kata ketua kampung bernama Gihanto.

Kata Gihanto lagi total pembelian kereta dari kampung tersebut kini sudah mencapai 176 unit. Fuh dasyattt! 

Video tersebut mendapat pelbagai komen positif daripada netizen yang rata-rata bersyukur akan rezeki yang diterima penduduk kampung tersebut.

duit

Salute lah dengan orang kampung ni! 

Baca: “Perut tak buncit, haid mcm biasa” – Gempar di Indonesia Wanita Baru Tahu Diri Hamil Tapi Beranak 1 Jam Kemudian!

bayi

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.