Kira-kira jam 1.25 tengah hari tadi, sebuah papan iklan digital di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya terbakar. Ianya tular menerusi rakaman video di media sosial yang memperlihatkan asap tebal keluar dari papan iklan tersebut.
Dalam pada itu, ada netizen mendakwa terdapat beberapa individu yang diaktakan pekerja yang melakukan kerja penyelenggaraan berada di bahagian atas papan tanda itu semasa kebakaran berlaku.
Artikel berkaitan : “Tindakan boleh diambil” – Rakam Masuk Butik Terbakar, Bomba Siasat Pemilik Dipercayai Ingkar Arahan
Artikel berkaitan : Kisah Bandar Terbengkalai Centralia Yang Terbakar Sejak Enam Dekad Lalu
Dalam video tersebut kelihatan ada individu menuruni papan iklan itu selain pihak bomba berada di lokasi kejadian untuk operasi memadam api.
Menerusi laporan Astro Awani, kesemua 9 individu telah diselamatkan dalam kejadian kebaran tersebut.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa, semua mangsa telah diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.
Menurut Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba II, Rosman Majid, Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya ada menerima panggilan kecemasan berhubung kes tersebut pada jam 1.15 tengah hari.
Sebanyak 2 jentera dengan kekuatan keseluruhan anggota seramai 17 orang digerakkan ke lokasi kejadian dan pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati memang benar ada kebakaran melibatkan papan iklan besar.
Anggota bomba terus memadamkan kebakaran tersebut dan operasi tamat kira-kira jam 3.45 petang tadi.
Sumber : Astro Awani