in

“Boleh kena saman” – [VIDEO] Pasang CCTV Menghala Rumah Jiran Sebenarnya Salah, Ini Penjelasan Peguam

Untitled Design 2022 04 28T123449.165

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) amat digalakkan bagi tujuan keselamatan, ramai yang sudah mula memasang kamera tersebut bukan sahaja di kedai malahan di rumah juga.


Bagaimanapun, tahukah anda bahawa seseorang individu boleh dikenakan tindakan saman di mahkamah sekiranya memasang CCTV dan menghalakan alat elektronik ke rumah jiran?

@syaz.mj

Terganggu dengan CCTV jiran menghadap direct rumah anda? Ketahui hak anda. #lawyersyaz kongsikan. #peguamhartanahanda #tahukahanda #legal #property

♬ bunyi asal – ???? || ???????️ – 🙂 ?

Dalam video TikTok berdurasi 11 saat itu, seorang peguam @syaz.mj memberitahu tindakan memasang CCTV dengan menghalakannya ke rumah jiran adalah satu tindakan yang salah, malah pihak terbabit boleh disaman di mahkamah bagi proses undang-undang.

Peguam hartanah itu juga berkongsi pernah berlaku sebuah kes di mana seorang jiran disaman kerana memasang CCTV dengan cara yang salah itu.

“Dalam satu kes, jiran disaman dan mahkamah benarkan kerana CCTV menghadap terus ke rumah dan mengganggu privasi hingga menyebabkan stress,” katanya.

Selain itu, peguam itu juga turut menyarankan orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya memasang CCTV dan dia juga berkata jika kena dengan situasi, anda bakal menghadapi kerugian.

Ramai juga netizen yang berkongsi pendapat berkenaan dengan perkara ini, ada yang setuju dan ada juga yang tidak. Malah, ada juga yang menceritakan pengalaman yang hampir sama dengan perkara ini.

Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 70k tontonan beserta lebih seribu komen.

Cctv

Jangan pasang CCTV sembarangan ok?

Baca: Kecoh Staf Viralkan Video CCTV Tunjuk Wanita Tak Puasa, Burger King Ambil Tindakan

Untitled Design 2022 04 28T123316.333

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.