in

Kecoh Staf Viralkan Video CCTV Tunjuk Wanita Tak Puasa, Burger King Ambil Tindakan

Collage 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap tahun, mesti timbul je isu tentang kaum wanita yang dimarahi kerana makan di tempat awam seperti di kedai makan ketika datang bulan.


Macam baru-baru ini, video TikTok yang dimuatnaik oleh pekerja Burger King telah tular di media sosial menunjukkan tiga orang wanita memakai tudung makan di dalam restoran.

Video yang dimuatnaik ini telah menyebabkan perbalahan di kalangan netizen. Ada yang menyokong point pekerja yang memuat naik video tersebut dan ada juga yang mempertahankan wanita-wanita di dalam video.

Tiktok Bg 1 750X489 1

Ekoran kejadian ini, Burger King Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mereka mengenai tindakan pekerjanya yang memalukan tiga wanita kerana tidak berpuasa pada bulan Ramadan.

Burger King telah meluahkan kekesalan mereka atas tindakan yang dibuat oleh pekerjanya itu dan mengatakan mereka tidak menyokong perkara ini serta bakal mengambil tindakan.

Dukacita dimaklumkan yang posting tersebut telah dibuat oleh seorang pekerja Burger King Malaysia. Bagaimanapun, kami tak menggalakkan tindakan seperti itu dan tindakan yang sepatutnya akan diambil.

Posted by Burger King Malaysia on Thursday, April 21, 2022

Syarikat makanan segera ini turut menegaskan yang ia mementingkan privasi pelanggannya dan akan memastikan kejadian yang sama tak akan berulang lagi di masa hadapan.

Di Burger King Malaysia, kami amat menghargai dan menghormati privasi pelanggan kami dan kerana ini kami akan mengambil langkah bagi memastikan perkara ini tak berlaku lagi di masa hadapan.

Untuk pengetahuan korang, video yang tular di media sosial itu telah pun dipadamkan dan pemilik akaun tersebut sempat meminta maaf melalui akaun TikTok sebelum menukar mod privasi akaunnya.

Photo1650509042 343X600 1

Okeylah dah tak payah nak panjang-panjang cerita dah. Kita hormat je satu sama lain.

 

Baca: Tuah Pekerja Burger King Dapat ‘Tips’ RM123,000 Dari Rapper Terkenal, 50 Cent!

6.3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.