in

“Boleh hilang kewarganegaraan…” – Tular Video Warga Indonesia Sertai ‘US Army’, Ini Respon Ahli Parlimennya

syaz ft 2026 01 20T124545.704

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah video memaparkan momen sebak sebuah keluarga menghantar anak perempuan mereka ke lapangan terbang untuk bertugas sebagai anggota tentera Amerika Syarikat (AS) tular di media sosial.

Mengulas perkara itu, Ahli Komisi I DPR RI, TB Hasanuddin mengingatkan bahawa warganegara Indonesia yang menyertai angkatan tentera negara asing boleh kehilangan status kewarganegaraan.


Artikel berkaitan: Bagi Alasan Sakit Perut, Remaja Lelaki Kantoi Berkhalwat Dengan Warga Indonesia Di Hotel

Artikel berkaitan: Walaupun Hidup Sederhana, Rakyat Indonesia Paling Bahagia – Prabowo

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kezia Safitri (@bunda_kesidaa)

Menurutnya, perkara itu termaktub dalam Undang-Undang Nombor 12 Tahun 2006 mengenai Kewarganegaraan Republik Indonesia. Pasal 23(d) menyatakan, warganegara Indonesia (WNI) boleh hilang kewarganegaraan jika menyertai tentera asing tanpa kebenaran Presiden.

Sementara Pasal 23(e) pula menyebut, kewarganegaraan juga boleh dilucutkan jika seseorang secara sukarela berkhidmat dengan negara asing bagi jawatan yang di Indonesia hanya boleh disandang oleh warganegara tempatan.

TB Hasanuddin menegaskan, penjelasan undang-undang perlu disampaikan dengan jelas agar masyarakat tidak menganggap penyertaan dalam tentera asing sebagai perkara biasa.

Video berkenaan dikongsikan oleh akaun Instagram @bunda_kesidaa dan mendapat perhatian ramai. Rakaman itu menunjukkan wanita tersebut mengenakan seragam tentera AS sambil mengekalkan pemakaian hijab ketika berpamitan dengan keluarganya.

Sumber: JPNN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.