in

“Hanya mahkamah je boleh hukum isteri tu nusyuz” – Penjelasan Peguam Untuk Suami Lafaz Cerai Yang ‘Sangap Nak Janda’

Mahkamah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya tak perlu nak mention pasal isu kes pergolakan rumah tangga yang tengah hangat baru-baru ini. KIta sedia maklum bahawa penceraian yang dilakukan menerusi WhatsApp dan kes ini makin meleret dikaitkan dengan isu nusyuz.


Jadi,peguam Muhammad Syarafi terpanggil untuk mengulas untuk perjelaskan isu perceraian antara pasangan di luar mahkamah, tanpa kebenaran Hakim Syarie dan sabitan isteri yang dianggap nusyuz walaupun tanpa perintah daripada pihak mahkamah.

Baca penjelasan ‘makan dalam’ penguam ni untuk dihadam. Bab-bab poligami tu lain cerita lah, boleh settlekan sendiri dekat mahkamah tinggi.

 

Perceraian yang dilakukan si pelaku tu diluar Mahkamah & Tanpa kebenaran Hakim Syarie ni merupakan satu kesalahan!

Dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Pahang Tahun 2005 didalam seksyen 57(1) ada jelaskan:

“seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq itu melaporkan kepada Mahkamah.”

Dalam Enakmen yang sama pula dibawah sub seksyen (2)&(3) menjelaskan kepada kita bahawa Mahkamah mesti membuat siasatan ke atas lafaz yang dibuat suami tu sah mengikut hukum syarak dan sekiranya sah Mahkamah mesti keluarkan perintah yang membenarkan perceraian dengan talaq selain dari merekodkan perceraian dan menghantar salinan rekod tu kepada Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk orang Islam.

Tapi perlu faham juga!

 

Boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali

Perceraian diluar Mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah ni satu kesalahan yang boleh didenda dibawah Seksyen 125 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang Tahun 2005 sebagaimana berikut:

“Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk diluar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.”

Janganlah kita pandang dari sudut jumlah hukuman denda yang diberikan sebab kita sendiri tahu kekangan pelaksanaan hukuman yang lebih berat Undang-undang Syariah ni terbatas oleh sebab adanya Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara kita,

“Apa yang kita nak bagitahu ni bila berlakunya perceraian diluar mahkamah dan tanpa kebenaran Hakim Syarie, aduan hendaklah dibuat dengan segera untuk pihak Mahkamah menyiasat kebebalan,

Eh.! menyiasat lafaz yang dah dibuat oleh suami tu tadi sama ada sah atau tidak dari sudut hukum syarak dan undang-undang.”

 

Hanya pihak Mahkamah sahaja boleh menghukum isteri itu nusyuz, bukan suami semata-mata.

Isu nusyuz ni, kita perlu faham, hanya pihak Mahkamah sahaja boleh menghukum isteri tu nusyuz selepas meneliti dakwaan dan bukti yang dikemukakan oleh suami melalui keterangan dan saksi-saksinya ketika perbicaraan di Mahkamah.

Suami pun perlu penuhi elemen untuk mensabitkan isteri tu nusyuz dengan cara:

1. Menasihati isteri tersebut
2. Mengasingkan tempat tidur isteri tersebut
3. Memukul isteri tersebut dengan niat nak mendidik bukan menderanya iaitu pukulan ringan sahaja

(Surah an-nisa:34)

Bila dah dibuat ketiga-tiga perkara di atas dan isteri tadi masih lagi tak kembali taat pada suami,

Suami kena buat aduan ke Mahkamah untuk mensabitkan isteri tu nusyuz yang mana sudah dijelaskan di dalam Seksyen 60(2) Enakmen yang sama:

(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain—

(a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;

(b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau

(c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,

Tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak. Bukan sabitan isteri nusyuz melalui suami semata-mata.

 

Suami tu lafaz cerai ketika mengandung sah ke tak sah?

Siapa kata tak sah??

Cerai ni boleh berlaku dalam apa jua keadaan pun bila mana suami:

1. berniat.
2. lafaz yang jelas.
3. orang yang dituju lafaz itu adalah jelas.
4. keadaan si pelafaz pada ketika lafaz itu dibuat adalah waras.
5. cara lafaz itu dibuat.
6. tempat lafaz itu di lafazkan.

Tidak ada undang-undang mengatakan bahawa lafaz talaq ketika isteri mengandung itu tidak sah.

Sekiranya suami itu nak melafazkan talaq ketika isteri tu mengandung dan sekiranya lafaz tersebut adalah sabit selepas pengesahan dibuat dihadapan Hakim Syarie, tempoh iddahnya akan dikira sepanjang isteri tersebut mengandung sehingga melahirkan anak tersebut sebagaimana dalil yang menceritakan tentang Iddah bagi Isteri yang diceraikan dalam keadaan sedang sarat mengandung.

Dalilnya dengan merujuk surah at-talaq ayat 4

وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ

“Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya”

Lafaz talaq tetap boleh berlaku bila mana hakim sudah mensabitkan lafaz tersebut adalah sah, cuma yang membezakan adalah tempoh iddah sahaja.

Cuma Hakim Syarie di negara kita tidak membenarkan lafaz talaq itu dibuat dalam keadaan isteri tersebut mengandung bagi menghormati hak isteri tersebut.

Suami pun janganlah bodoh sangat sangap nak ke janda bergetah sampai ceraikan isteri waktu tengah mengandungkan anak kau tu.” – Muhammad Syarafi

 

Baca : “Apa salah saya sampai di label nusyuz” – Bekas Isteri Da’i Farhan Cerita Situasi Sebenar Lepas Didakwa Nusyuz

Nusyuz

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.