in

“Boleh ada dokumentari sendiri” – Kerap Kongsi Ilmu, TikToker Dipuji Kongsi Fakta Mengenai Telur Siput Gundang

Siput Gundang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang aktif di TikTok, korang pasti tahu yang bukan semua di dalam aplikasi tersebut adalah berkaitan hiburan semata-mata, malah ada di antara penggunanya gemar berkongsi ilmu baru kepada netizen.


Antara TikToker Malaysia yang sering mendapat perhatian kerana kerap berkongsi ilmu pengetahuan ialah @p.sharon.j yang boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja fakta baru yang dia share mengenai flora dan fauna di dalam hutan.

Sharon Renjer Hutan

 

Apa itu telur siput gundang? 

Bagi mereka yang hidup di bandar, mungkin tak ramai tahu mengenai kewujudan siput gundang dan telurnya yang dikatakan antara spesis yang mampu merosakkan tanaman padi.

Menerusi satu video terbaru di TikTok, Sharon yang bertugas sebagai renjer hutan ini menjawab persoalan netizen mengenai telur siput gundang.

@p.sharon.j

Reply to @00000amiss thank you for asking.. #hutantacoffee

♬ original sound – Karabaw Monster – Karabaw Monster

Telur siput gundang ini menurutnya, berada di kawasan berdekatan dengan air dan siputnya boleh memberi banyak masalah serta kerugian kepada petani yang menanam padi.

Dia juga menunjukkan cara untuk mengurangkan populasi siput tersebut supaya ia tidak merosakkan tanaman padi.

 

“Beri dia siaran dokumentari sendiri, dah banyak saya belajar dari dia” 

Video yang dikongsikan Sharon ini telah mendapat lebih 170,000 likes dan 4,000 shares yang mana rata-rata netizen sangat suka dengan info yang dikongsikannya itu.

Malah ada juga di kalangan netizen meminta pihak stesen TV untuk membuat satu rancangan dokumentari khas yang menampilkan Sharon kerana mereka telah mempelajari banyak perkara daripadanya.

Penuh Info

Teruskan buat video ye! Admin pun suka tengok video TikTok dia yang penuh info ni. 

Baca: Bukan Sebab Jadi Penunjuk Jalan Je! Renjer Ini Jelaskan Fungsi Lain ‘Trek’ Dalam Hutan

Renjer

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.