in

“Bodoh ada mak tak hargai” – Tunggu Anak Berjam-jam Depan Kedai, Rupanya Kena “Buang” Sebab Dah Malas Nak Jaga

Collage 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelmarin, satu posting tentang seorang makcik tunggu anaknya di depan kedai runcit tular di Facebook.


Dilaporkan, anak makcik ini telah meninggalkan dia di satu kedai runcit di Taman Sungai Kob untuk membeli barang, tapi lepas beberapa jam menunggu, anaknya tetap tak kunjung tiba.

Beberapa orang yang kesian melihat makcik itu mula bertanya di mana tempat tinggalnya. Makcik ni menjawab dia tinggal di Pantai Prai, lebih kurang 29km dari kedai runcit tersebut sementara anak perempuannya tinggal di Pulau Pinang.

Ungrateful Daughter Abandons 80Yo Mum At Kedah Grocery Store With Just A Bag Of Clothes World Of Buzz 4
Sumber: facebook

Bila ditanya tentang anaknya, makcik ini menjawab anak perempuannya tinggalkan dia di kedai runcit, tapi sebelum dia turun anaknya suruh bawak sekali beg berisi baju sementara anaknya pergi basuh kereta.

Namun, selepas tunggu beberapa jam di kedai runcit, anaknya tak datang dan kereta anaknya pun tak kelihatan di car wash berhadapan kedai runcit tersebut.

Tambah menyedihkan, wanita tua ini tak ada banyak barang mahu pun duit dan hidupnya pun hanya bergantung pada duit yang diberi jabatan kebajikan untuknya setiap bulan. Malah, IC pun anak dia yang pegang. Kalau ye pun malas jaga, hantarlah pergi rumah orang tua.

https://www.facebook.com/rozitaazrul/posts/2727948890602158

Orang-orang di sekitar kedai runcit yang mula risau dengan keadaan makcik tersebut membuat keputusan untuk membawa makcik ini ke Balai Polis Sungai Kob. Pihak polis cuba menghubungi anaknya dan berjaya! Tapi, anaknya cakap…

Saya dah tak nak jaga dia dah.”

Lepas mendengar jawapan anak perempuan itu, pihak polis tak ada pilihan melainkan memberi kes ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tak berapa pasti apa yang berlaku selepas itu, namun dikatakan yang makcik ini dah boleh pulang ke rumah anak perempuannya semula.

Allahu, sampai hati betul buat mak sendiri macam tu. Kalau ye pun tak boleh nak jaga, banyak lagi cara lain kot bukan tinggalkan dekat depan kedai macam tu.

 

Baca: Apa Punya Anak Buang Mak Sebab Rumah Sempit?!

Screenshot 2019 10 22 At 9.44.00 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.