in

“Bila sampai baru saya tahu” – Ustaz Wadi Annuar Jawab Isu Hadir Majlis Resepsi Janna Nick

Ustaz Wadi Hadir Majlis Janna Nick

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick akhirnya sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, pelakon Dini Schatzmann pada Sabtu lalu.

Mereka juga melangsungkan majlis resepsi di sebuah resort terkemuka di Langkawi pada hari yang sama dengan dihadiri ramai rakan artis tanah air.


Namun, majlis resepsi pasangan berkenaan yang bertemakan taman itu menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila melihat kehadiran agamawan, Ustaz Wadi Annuar di situ yang bertindak sebagai pembaca doa.

Dijemput untuk menghadiri majlis dan bacaan doa

Menjawab persoalan orang ramai, Ustaz Wadi menjelaskan bahawa beliau dijemput oleh pihak tuan rumah untuk menghadiri majlis perkahwinan dan bacaan doa.

https://www.tiktok.com/@wardatulsakinah_/video/7243624592063974658

Menerusi perkongsian video di TikTok, beliau mendakwa belum melihat pengantin lelaki dan perempuan ketika tiba di majlis tersebut. Kemudian, beliau diminta untuk duduk di suatu tempat.

“Selepas lebih kurang 10 minit, pengerusi majlis buat pembukaan sedikit dan mengumumkan untuk saya baca doa. Ketika itu, pengantin tiada lagi.

“Kemudian, selesai membaca doa, pengerusi majlis umum perarakan masuk pengantin dari hujung sana. Saya pun tengok dan terus beritahu pembantu saya, lepas ini kita kena terus balik,” katanya.

Tak tahu apa yang berlaku dalam majlis

Tambahnya, beliau tidak tahu apa yang akan berlaku dalam majlis itu kerana dijemput hanya untuk makan kenduri dan bacaan doa.

“Jadi saya ambil keputusan tidak makan, tidak bergambar, tidak bersama dengan tentatif sehingga ke akhir majlis. Saya buat keputusan untuk terus balik.

“Apabila melihat keadaan sebegitu, saya terus ajak pembantu saya beransur selepas pengantin beredar dan memang kami balik pun. Boleh tanya penganjur,” katanya lagi.

Ustaz Wadi menjelaskan Islam mengajar tidak memalukan orang, tidak menimbulkan persepsi negatif, tidak menjatuhkan tuduhan dan fitnah pada orang.

“Alhamdulillah semuanya tenang, pengantin pun ok tidak rasa apa-apa, saya pun menghadiri kenduri kahwin wajib. Apabila saya sampai, baru saya tahu keadaan disitu dan kemudiannya beredar,” ujarnya.

Walaupun ramai yang kurang senang dengan keadaan yang berlaku, tapi masih ada individu bersikap positif menyifatkan kehadiran Ustaz Wadi adalah sekadar memenuhi jemputan tuan rumah.

Baca: Janna Nick & Dini Schatzmann Sah Jadi Pasangan Suami Isteri
Janna Nick Kahwin Dini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.