in

Janna Nick & Dini Schatzmann Sah Jadi Pasangan Suami Isteri

Janna Nick Kahwin Dini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat industri seni tanah air pagi ini dikejutkan dengan berita pernikahan pelakon terkenal, Janna Nick dengan pasangannya Dini Schatzmann yang juga seorang aktor.

Memetik laporan mStar, Janna dan Dini telah selamat diijabkabulkan di sebuah masjid di Langkawi pagi tadi.


Difahamkan, pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM2,703 (simbolik tarikh perkenalan mereka 27 Mac 2019) dan seutas rantai emas kepada pengantin perempuan.

Pasangan tersebut telah dinikahkan sendiri oleh bapa Janna, Muner Abdullah.

1 3

Difahamkan juga, majlis akad nikah serba putih itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan sahaja kerana diadakan secara tertutup.

Majlis resepsi untuk meraikan kedua mempelai ini difahamkan akan diadakan di sebuah resort terkenal di pulau lagenda itu.

Pernikahan kedua-dua pelakon ini telah mengejutkan ramai peminat kerana pada hujung tahun lalu, ada desas desus yang mengatakan mereka tidak lagi bercinta.

4 2

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Janna Nick & Dini Schatzmann dan semoga rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga.

Sumber: mStar 

Baca: Isu ‘Work Life Balance’, Siti Khadijah Setuju Dengan Janna Nick Sebab…

Ft Siti Khadijah Janna Nick

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.