in

“Bila mati semuanya akan tenang” – Sajat Kongsi Sokongan Netizen Terhadapnya Dalam Isu Soal Siasat JAIS

Susulan viral video usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, yang mendakwa dirinya dikasari oleh anggota JAIS ketika dalam sesi soal siasat di pejabat mereka beberapa hari lalu, usahawan tersebut kini akui dirinya dalam depresi.

Sajat telah memuat naik beberapa posting di Instagram menggambarkan dirinya dalam keadaan trauma dan mahu dirinya sebagai golongan transgender dilayan seperti manusia biasa serta tidak dibuli. 

Uish macam teruk je ni min tengok Sajat. Sabar jat, sabar… 

 

“Agama Islam, mulut longkang. Hati Sajat 10x mulia then those who criticize her” 

Mungkin demi menaikkan kembali semangatnya, Sajat juga dilihat berkongsi sokongan netizen terhadapnya yang tidak setuju dengan tindakan JAIS dalam mengasari usahawan tersebut.

Dalam banyak-banyak komen yang diterima Sajat, ada di kalangan netizen juga meminta orang di luar sana menyokong LGBT dan menolak isu agama ke tepi kerana kasihan dengan apa yang berlaku kepada Sajat.

 

 

JAIS sahkan siasat Sajat, pegawai penguatkuasa dipanggil polis

Dalam pada itu, menurut Harian Metro, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesahkan usahawan kosmetik, Nur Sajat telah disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

JAIS dalam kenyataannya memberitahu, siasatan terhadap Sajat dibuat berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai kelakuannya pada 2018 dan 2020.

Pihaknya juga mengambil maklum berhubung video yang ditularkan usahawan berkenaan berkaitan insiden membabitkan dirinya dan beberapa orang penguatkuasa JAIS, baru-baru ini.

Sajad sudah membuat laporan polis berkaitan insiden itu.

“Pegawai penguat kuasa berkenaan juga dipanggil untuk memberikan keterangan,” katanya.

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, January 12, 2021

 

Apa-apapun sekarang ni, admin rasa adalah lebih baik kita serahkan hal ini kepada pihak polis. 

Baca: “Kena soal dan gari di dunia is nothing compared to disoal dan gari di sana” – Caprice Minta Sajat Bertaubat

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram