Mesti kita masih ingat, beberapa bulan lalu rakyat Palestin dah diserang dengan agak teruk oleh rejim Zionis. Serangan itu juga, telah mendapat perhatian oleh orang ramai di seluruh dunia dan mengecam tindakan Israel ini.
Sejak itu juga, rakyat Malaysia telah jadi perhatian sebab tindakan ‘menyerang’ akaun-akaun media sosial rasmi milik kerajaan Israel sampailah trending #IsraelKoyak sebab mereka terkejut dengan provokasi dilakukan rakyat Malaysia.
‘Askar’ datang lagi
Terbaru, ‘askar’ netizen Malaysia dilihat masih ada dan telah menyerang akaun seorang warga Israel ini.
Ceritanya warga Israel bernama Hananya Naftali ini, ada memuat naik satu video di Instagram miliknya. Dalam video tersebut, dia menyampaikan salam sebagai tanda ‘keamanan’ kepada rakyat Malaysia.
Selain itu, dia juga menyatakan bahawa dia dapat mesej yang mengatakan jutaan rakyat Malaysia mendoakan dan menyokong tindakan Israel hingga dia merasakan satu hari nanti akan ada hubungan diplomatik antara dua pihak. Orite tak dia ni?
“I get messages, and i see millions of Malaysians praying for Israel, supporting for Israel” katanya.
Bukan itu saja, dia juga menyatakan bahawa ramai rakyat Malaysia menyokong Palestin dan Hamas tanpa tahu ‘satu perkara’ pun tentang Israel ni.
Dia yang juga merupakan tentera rejim Zionis itu, turut menegaskan bahawa mereka tidak pernah diajar untuk menyakitkan rakyat Palestin ini. Emm nape eh?
https://www.instagram.com/p/CSYrMO3iFAU/?utm_medium=share_sheet
Netizen Malaysia datang lagi
Disebabkan posting ‘mengarut’ warga Israel tersebut, ‘tentera’ netizen Malaysia sekali lagi tak duduk diam dan mula menyerang ruangan komen perkongsian lelaki itu.
Ramai rakyat Malaysia yang dilihat begitu geram dengan segala harapan lelaki tersebut. Jadinya, pelbagai komen telah diberikan oleh rakyat Malaysia, sebab tak berpuas hati dengan segala kata-katanya itu.
Orite tak orite dia ni? Adakah ini akan menyebabkan #IsraelKoyak trending lagi lepasni? Kita sama-sama tunggu dan lihat hehe.