in

‘#israelkoyak’ Trending Lagi, Selepas Wanita Israel Ini Dedah Tindakan Hacker Malaysia Sebagai ‘Kejam’

Fi Israelll

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa bulan lalu, pihak Israel telah mengejutkan dunia apabila menyerang Kota Gaza dengan dahsyat sekali. Ramai yang menjadi korban termasuklah golongan wanita dan kanak-kanak yang tak berdosa.


Tindakan zalim ini bukan saja mencetuskan kemarahan umat islam seluruh dunia, malah penganut agama lain turut menentang atas dasar kemanusiaan.

 

Malaysia hantar ‘askar’. Rakyat Israel koyak lagi?

Walaupun tak boleh bertempur secara berdepan dengan rejim zionis itu, ternyata rakyat Malaysia ada kepakaran lain untuk serang Israel ni. Serangan yang dibuat oleh ‘Malaysian Troll Army’ ini betul-betul memainkan peranan besar dengan menyerang akaun berpengaruh milik syarikat serta individu dari Israel sebagai simbolik sokongan terhadap Palestin.

Namun apa yang lebih hebat lagi, hacker dari Malaysia yang terdiri daripada beberapa kumpulan seperti AnonGhost, DragonForce Malaysia dan beberapa pasukan lain telah bersatu, serta melumpuhkan sistem pangkalan data milik Israel.

Ternyata serangan dibuat itu dah bagi kesan besar kepada pihak Israel. Hal ini gara-gara tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang wanita Israel yang juga pengasas kepada Social Lite Creative menyatakan kesan dilakukan oleh para hacker tersebut.

Menerusi video tersebut dia dikenali sebagai Emily Schrader memberitahu, bahawa kumpulan ini telah menyebabkan sejumlah besar akaun berpengaruh milik kerajaan tersebut lumpuh. Bukan saja akaun media sosial milik kerajaan, malah pelakon terkenal kelahiran Israel, Gal Gadot juga tidak ketinggalan hingga dia terpaksa tutup ruangan komen media sosialnya. Betul tak bagi muka hacker kita ni.

 

Selain itu, Emily turut menyifatkan bahawa tindakan netizen Malaysia ini melangkaui standard komuniti sepatutnya. Tapi korang ingat rakyat Malaysia akan diam ke? Perkara ni dah tarik perhatian sampai trending sekali lagi #israelkoyak di Twitter.

Reak Israel 1 Edit

Reak Israel 2 Edit

Reak Israel 3 Edit

 

Buat challenge nak kibar bendera Palestin.

Tak cukup dengan video itu, dia sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik posting ‘lucu’ beberapa jam kemudian

Menerusi posting tersebut dia mencabar, bahawa dia akan kibar bendera Palestin kalau videonya tu dapat 1 juta views. Dia ingat orang sokong dia kot.

Sekali lagi, rakyat Malaysia takkan berdiam diri. Korang tengok respon dorang ni.

Reak Israel 4 Edit Reak Israel 5 Edit Reak Israel 6 Edit

Yakin tu penting, tapi macam dia ni boleh dikira yakin juga ke?

 

Baca : “Biadap sangat dorang ni” – [VIDEO] Tentera Israel Sembur Air Najis Di Sekitar Al-Aqsa

Foot Israel

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.