in

“Bila kita dipijak, kita pijak balik” – Dilabel ‘Berlagak Samseng’, Ini Respon Sharnaaz

Ft Sharnaaz Ahmad Sound Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelmarin, pelakon Sharnaaz Basir Ahmad dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa mencederakan orang mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


Susulan dengan kejadian tersebut, ia menjadi perhatian netizen sampai ada yang menyindir dirinya dan labelkan Sharnaaz ini ‘berlagak’ samseng.

 

Nak samseng pun carilah dengan yang setanding – Netizen

Sindiran itu dibuat menerusi akaun Twitter selepas akhbar tempatan membuat liputan video ketibaan Sharnaaz  Ahmad di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Screenshot 2023 01 20 131954\

Terpanggil dengan sindiran itu, Sharnaaz Ahmad tampil memberikan respon dengan menyatakan bahawa dirinya bukanlah seorang samseng sepertimana yang didakwa oleh individu tersebut.

Sharnaaz yang sudah lali dengan salah anggap menegaskan bahawa dirinya hanya mempertahankan diri daripada ‘diri dipijak’ oleh orang lain.

Screenshot 2023 01 20 133254

Sebagai rujukan, selepas perbicaraann itu, Sharnaaz menjelaskan kepada pihak media bahawa dia bersedia dengan segala kemungkinan keputusan mahkamah berhubung pertuduhan itu.

Lapor Kosmo!,

Dalam pada itu, Sharnaaz mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.

Sementara itu, peguamnya, Datuk Abu Bakar Isa Rahmat berkata, anak guamnya mengaku tidak bersalah dan sudah pun diikat jamin sebanyak RM2,000.

Pada 16 Jun tahun lalu, Sharnaaz telah ditahan polis atas dakwaan menumbuk dan menendang seorang lelaki di sebuah kondominium di Segambut.

Sementara itu, peguamnya, Datuk Abu Bakar Isa Rahmat berkata, anak guamnya mengaku tidak bersalah dan sudah pun diikat jamin sebanyak RM2,000.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata kejadian itu bermula apabila mangsa yang merupakan pengawal keselamatan meminta rakan Sharnaaz membeli minyak masak

Bagaimanapun, rakannya itu tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan kondominium berkenaan sehingga menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka berdua.

Sharnaaz yang menyaksikan insiden berkenaan masuk campur sebelum mangsa dakwa ditumbuk hingga lebam pada muka.

Rentetan insiden terbabit, Sharnaaz direman empat hari dan dibebaskan sementara kertas siasatan lengkap untuk pertuduhan.

Baca : “Semua tu karut semata” –  Lepas Seminggu Didakwa Pukul Orang, Sharnaaz Ahmad Buka Cerita Sebenar

Page Sharnaaz

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.