in

“Bila kes naik sibuk salahkan kerajaan” – Jalan TAR Sesak Dengan Pengunjung, Netizen Kecam Ramai Tak Ikut SOP!

Kl Bazar Full

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dah sampai ke pertengahan bulan Ramadan ini, korang di luar sana sudah pastinya sedang sibuk ‘bershopping’ mencari kelengkapan diri untuk berhari raya.


Tempat yang dituju pastinyalah bazar raya dan antara bazar yang paling famous di Kuala Lumpur ini ialah Bazar Aidilfitri Jalan TAR yang mana kerajaan juga pada masa yang sama telah ‘extend’ waktu beroperasi mereka hingga ke jam 2 pagi.

41618698370 Bazar

 

Bazar Jalan TAR terlalu sesak, netizen dakwa tiada SOP?

Meskipun pada awalnya bazar Aidilfitri di Jalan TAR ini nampak sedikit hambar, tup-tup semalam tular gambar serta video yang menunjukkan orang ramai sudah mula berpusu-pusu ke bazar tersebut untuk membeli keperluan diri.

Menerusi perkongsian di Twitter, orang ramai dilihat beratur panjang untuk memasuk bazar tersebut dan ada juga yang nekad membawa anak kecil tanpa memakai pelitup muka ke tempat yang sesak tersebut. Adoi! 

Menerusi satu video yang dikongsikan di Twitter juga, pematuhan SOP di bazar tersebut kelihatan pada paras yang sangat rendah dengan orang ramai tidak menjaga jarak fizikal antara satu sama lain dan sibuk ‘bershopping’.

 

“Jarak pun tak sampai 1m, ada yang pakai mask bawah dagu haih beli online jelah” 

Rata-rata netizen yang melihat situasi tersebut telah mengecam tindakan orang ramai yang tidak mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan.

Malah ada juga yang berpendapat, tiada gunanya kita menyalahkan ‘golongan kayangan’ kalau kita juga melakukan perkara yang sama dan bersesak-sesak di tempat awam. Makin naiklah kes nanti kan? 

Cluster Bazar

 

“Orang dah penat kot nak ikut SOP” 

Muak

Apa-apapun, perkara seperti ini sepatutnya tak wajar berlaku dan kita seharusnya sudah bijak menilai keadaan jika tempat sesak apa yang kita perlu buat dan sebagainya.

Yang penting stay safe, jaga SOP ye. Semoga kita semua dilindungi dari wabak COVID 19. 

Baca: “Dkt masjid org bukan main kena jaga jarak” – Terawih di Pusat Bowling, Netizen Bengang Sheila Rusly ‘Tayang’ Langgar SOP?

Sis

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.