Minggu lepas (15/1/2021), Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob mengumumkan dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bahawa, mana-mana penuntut IPT dan pelajar sekolah tidak diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19.
Menerusi Harian Metro, ujian saringan itu hanya diwajibkan kepada individu yang bergejala sahaja. Ia sekaligus dikritik warganet kerana bimbang akan nasib pelajar dan kes jangkitan ini akan semakin meningkat.
18 pelajar di Sabah positif Covid-19
Nampaknya apa yang dibimbangkan telah pun terjadi apabila BFM News hari ini melaporkan bahawa 18 orang pelajar di Sabah yang dah kembali ke sekolah disahkan positif Covid-19 pada 2 hari lepas.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ekoran dengan kes tersebut, semua pelajar yang dah masuk hostel harus membuat ujian saringan.
Malah, guru-guru yang ingin kembali ke Sabah diarahkan untuk menjalani ujian saringan sebelum tiba.
Disebabkan perkara yang dah terjadi ini, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq juga turut ‘bersuara’ dalam hal ini.
Itu lah.
Tak nak dengar lagi #SuaraPelajar .
Bila ada #KlusterPelajar , jangan salahkan rakyat pula.
Correct this before it is too late. https://t.co/fjW0pLijMX
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) January 19, 2021
Sebelum ini ramai netizen bimbang jika munculnya ‘Kluster Pelajar’ jika tindakan sedemikian dilakukan, kini ia dibangkitkan semula oleh Syed Saddiq dan mendapat sokongan netizen.
Dah bunyi dah #KlusterPelajar #SuaraPelajar dipalau lagi macam tu lah kesannya – Netizen
Sebelum ini, hashtag #SuaraPelajar trending di Twitter apabila ramai pelajar kongsikan nasib mereka, lebih-lebih lagi pelajar yang sepatutnya menduduki SPM tahun lalu.
Sebilangan netizen mempersoalkan tindakan buka semula sekolah semasa wabak tersebut, terutama di negeri-negeri yang juga menghadapi situasi banjir.