in

“Biasalah tu…” – Gadis Bengang, Buat Aduan Pasal Ibu Kena Pukul Dengan Ayah Tapi Tak Dilayan

Page Polis

Kebelakangan ni boleh kata isu berkaitan dengan kahwin, rumah tangga memang jadi perdebatan lah kat mana-mana platform media sosial. Kejap kata isteri kena taat kata suami lah, majlis kahwin kena besar-besar lah…

Bukan itu sahaja, kes keganasan rumah tangga pun boleh tahan semakin menjadi-jadi sekarang. Macam kes viral tentang wanita hamil yang lumpuh akibat dipukul oleh suami sebelum ini.

Pada hujung minggu baru-baru ini, kecoh di Twitter tentang perkongsian dari seorang gadis menerusi akaun miliknya iaitu @syaaabdullah, selepas panggilan aduannya berkaitan dengan insiden ibunya dipukul oleh ayah didakwa tidak dilayan oleh polis.

Ibu 1 1

Dia menceritakan bahawa pada awalnya, dia telahpun menghubungi Talian Nur atau lebih dikenali sebagai Talian Kasih yang berada di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Yang i dapat hanya lah excuses and hesitation

Namun, disebabkan kejadian ketika itu agak serius, pihak dari Talian Kasih meminta gadis tersebut untuk terus menghubungi polis namun jawapan yang diberikan kedengaran tidak masuk akal kerana mereka seolah-olah tidak mengambil berat perkara yang sedang terjadi.

“Biasalah tu…” – Polis dalam panggilan

Dek terlampau bengang dan juga geram dengan maklumbalas dari pihak polis, gadis ini menceritakan bagaimana kejadian sebenar urusannya bersama polis sebagai usaha untuk menyelamatkan ibunya selain tidak mahu adik-adiknya ketakutan.

Ibu 2 1

Difahamkan selepas tweet yang dikongsikan mendapat perhatian orang ramai sehingga tular di media sosial, akhirnya bantuan dari polis tiba dan isu berkenaan telahpun selesai. Gadis ini juga menegaskan bahawa dirinya tidak berniat untuk memalukan pihak polis.

Min doakan semoga ibu awak sentiasa dilindungi dan tak ada lagi jadi mangsa keganasan rumah tangga…

Baca: “Pernah kena cucuh puntung rokok” – Wanita Kongsikan Detik Hitam Ketika Jadi Mangsa Keganasan Domestik

Ft Wanita Kongsi Detik Didera

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter