in

“Biar panjang janji tak kena corona” – Netizen Gesa Kerajaan Kaji Semula Kebenaran Operasi Kedai Gunting Rambut

3Bar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga 28 April 2020. Beberapa sektor dan industri perniagaan dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa termasuklah dobi dan kedai gunting rambut.


Walaubagaimanapun, kebenaran untuk kedai gunting rambut beroperasi menerima pelbagai pandangan dan gesaan dari netizen. Rata-rata bimbang dengan keputusan tersebut kerana boleh menyebabkan berlakunya kluster baru.

Satu laman Facebook, Public Health Malaysia menggariskan beberapa panduan sekiranya kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi seperti biasa.

001 2 002 1 003 2

 

Biar panjang janji tak kena corona

Netizen ternyata tidak senang dengan keputusan tersebut walaupun garis panduan telah disarankan. Iyelah cuba kita tengok dekat luar negara, ada kes Covid-19 yang melibatkan saloon dan barber tempat gunting rambut. Tak salah kalau kita nak berjaga-jaga dan ambil pengajaran dari luar negara kan?

004 3Betul. Admin setuju degnan apa yang brader ni cakap. Kalau dekat luar tu kita boleh pantau. Kalau yang kat bawah condo atau apartment tu macam mana. Sekali kalau ada kes, memang satu blok tu kena PKPD lah jawabnya.

005 3Solution dia senang, jangan buka dan jangan potong buat masa ni. Takpun terus botak je rambut tu. Duduk kat rumah je, tak payah nak malu dengan orang lain. Nanti tumbuh gak rambut tu.

006 1Admin setuju. Kalau kedai gunting rambut buka, memang makin ramai lah orang guna alasan gunting rambut untuk keluar rumah. Alah rambut panjang tak membahayakan nyawa pun. Relaks sudah.

 

Baca: 5 Individu Dijangkiti Covid-19 Selepas Gunting Rambut Di Saloon, Kluster Terbaru?

Main 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.