S Pavithra dan M Sugu memaklumkan mereka tidak mahu ada kaitan lagi dengan Youtube, lapor Sinar Harian. Pasangan Youtuber makanan sensasi ini mengejutkan ramai netizen selepas tiba-tiba memadam kesemua video masakan di channel mereka.
Secara keseluruhan, Sugu Pavithra mempunyai 98 video sebelum ini yang terdiri daripada video masakan dan aktiviti mereka sekeluarga.
Sugu, 29, berkata mereka mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan sebarang perkara yang boleh menarik perhatian umum dan mahu hidup sebagai keluarga biasa.
Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja.”
Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga.”
Sugu juga akui mereka belum memikirkan tentang perancangan masa depan. Terdahulu, Youtube pasangan ini mempunyai lebih 785,000 subscribers.
Video temu ramah pasangan ini mendapat perhatian di Twitter selepas dimuat naik oleh Kosmo! Online selepas Pavithra berkata dia telah memaafkan suami atas apa yang berlaku dan ianya adalah masalah keluarga.
"Ini semua masalah keluarga dan saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku.
"Kami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa," Pavitra.
Berita penuh klik https://t.co/AmrVmvpU86 pic.twitter.com/fkKNSKxRRJ
— Kosmo! Online (@kosmo_online) July 24, 2020
Baca: “Saya sudah maafkan suami” – Pavithra Jamin Sugu RM10,000 Di Mahkamah