in

“Saya sudah maafkan suami” – Pavithra Jamin Sugu RM10,000 Di Mahkamah

Sp3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saya maafkan suami”. Itu ungkapan ringkas diberikan oleh S Pavithra berhubung konflik melibatkan dia dan suaminya yang agak mengejutkan masyarakat di seluruh negara, sejak beberapa hari ini.

Berikutan dengan kes kemelut antara pasangan yang kini sedang sensasi di alam maya menjadi buah mulut orang ramai. Pavithra akhirnya memberikan respon.


Lapor Sinar Harian, Pavithra sudah memaafkan suaminya dan menjelaskan akan kembali meneruskan program masakan di YouTube.

 

Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja,”

775996

Kata Pavithra lagi, dia tidak mahu memikirkan lagi masalah yang berlaku dan siaran YouTube Sugu Pavithra akan dijalankan bersama-sama seperti biasa.

Dia berkata demikian selepas menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini.

Lapor sumber lagi, Pavithra yang kelihatan sedih memohon kepada orang ramai untuk terus memberi sokongan.

“Saya harap tiada yang salah faham dan saya sendiri pun tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial. Teruslah beri sokongan kepada kami,” katanya.

Bak kata P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. 

 

Baca : “Pavithra ditampar beberapa kali di muka, pipi. Lengan dipukul dengan sabit” – Sumber Terdekat

Sp

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.