Isu mengenai kad prabayar Touch n Go yang tidak lagi boleh ditambah nilai di pondok tol semakin hari semakan hangat diperbualkan oleh netizen.
Ramai yang mendakwa isu ini boleh diselesaikan jika pengguna boleh menambah nilai melalui aplikasi. Namun, tetapan tersebut masih belum dapat disediakan.
Terbaru, tular satu video rakaman cctv dan menunjukkan seorang pemandu lelaki yang dipercayai marah lalu menyimbah air ke arah jurutol.
Video itu telah dikongsikan di Facebook melalui akaun @MyCrimeWatch.
https://www.facebook.com/malaysiancrimewatch/posts/1616897245158330
Keluar dari kereta dan simbah air Milo
Berdasarkan perkongsikan tersebut, pemilik kenderaan Perodua Bezza berwarna biru lalu di pondok tol lebuhraya Shah Alam, KESAS sekitar jam 7:30 pagi.
Dia dikatakan berang kerana tidak boleh menambah nilai kad prabayar di pondok tol, sebaliknya perlu berjalan kaki ke pejabat. Selepas selesai urusan, dia terus berlalu pergi.
Namun, pada 9:11 pagi pemandu berkenaan datang semula ke pondok tol yang sama. Dia dilihat keluar dari kereta dan bercakap dengan jurutol.
Kemudian, dia mencapai satu bungkusan air yang dipercayai air Milo dari keretanya dan terus simbah ke arah jurutol lalu terus beredar meninggalkan pondok tol tersebut.
Tindakan yang dianggap biadap itu telah dikritik oleh netizen dan berharap agar pelaku dihadapkan kemuka pengadilan.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak simbah orang dengan air Milo? Tak boleh nak buat apa. Harap korang yang lain ambil pengajaran.