in

“Biadap sangat dorang ni”- [VIDEO] Tentera Israel Sembur Air Najis Di Sekitar Al-Aqsa

Cats 74

Isu Palestin dan Israel masih belum bertemu titik perdamaian lagi. Sebelum ini, pihak Israel kononnya nak berdamai tapi tak lama selepas itu, diorang buat hal lagi.

Baru-baru ini, tentera Israel sekali lagi melakukan tindakan yang tidak berhati perut kepada penduduk Palestin.

 

Sembur dengan air najis

Menerusi satu tweet yang dimuat naik oleh seorang pelajar Malaysia di Universiti of Jordan iaitu Fakhri Fadzli di Twitter semalam, dia menunjukkan beberapa video didakwa tentera Israel menyembur kawasan sekitar Al-Aqsa dengan air najis. Dorang ni memang makin lama makin biadap. Sakit pulak hati kita ni.

Kejadian tersebut berlaku semasa penduduk Al-Quds berhimpun di Bab Al-Amud untuk membantah penghinaan penjajah Zionis terhadap Nabi Muhammad SAW.

Perhimpunan itu terlerai dengan semburan air kumbahan selain pukulan dan penangkapan oleh pihak tentera Zionis. Diorang ni memang makin lama makin tak berhat perut. Kejam!

Terbaru, semburan itu dikatakan dilakukan juga oleh pihak tentera Zionis di kawasan Hayy Silwan pada waktu malam.

 

Ramai kutuk tindakan kejam Zionis

Di ruangan komen, ramai yang mengutuk perbuatan tidak berhati perut tentera Zionis itu siap mendoakan supaya pihak mereka segera diturunkan bala, biar setimpal dengan tindakan mereka yang tidak habis-habis ingin menyeksa penduduk Palestin yang tidak bersalah.

Rasa nak marah sangat-sangat dengan tentera Zionis ni. 

Bhbh

Semoga Allah terus beri kekuatan kepada penduduk Palestin untuk menghadapi dugaan ini dan semoga suatu hari nanti kemenangan akan berpihak kepada Palestin. Amin…

 

Sumber: Fakhri Fadzli

Baca:Nak Betulkan Salah Faham Konflik Israel-Palestin, Israel Ingin Jalin Hubungan Dengan Malaysia, Indonesia & Brunei

Capture 45

Sumber: Twitter