Persoalan orang ramai mengenai status kapal Mikeno yang membawa selebriti dan aktivis kemanusiaan Ardell Aryana pada 2 Oktober lalu akhirnya terjawab.
Sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), Iylia Balqis berkata, kapal Mikeno adalah kapal yang terakhir yang dirampas oleh tentera Israel.
Menceritakan situasi yang berlaku, ketika tentera Israel mula menyerang dan merampas kapal-kapal GSF lain, kapal yang dinaiki Ardell diserang dengan meriam air selama dua jam.
Bagaimanapun, mereka yang berada di dalam kapal tersebut tetap meneruskan perjalanan kerana belum dipintas pihak Israel.
Artikel berkaitan: “Mungkin rajin live, SOS ramai ikut” – Anak Ardell Dijadikan Bahan Ug*tan Tentera Isr*el
Artikel berkaitan: Kapal Conscience Tiba Di Ashdod, Ada Sukarelawan Dilapor Alami Kecederaan
“Mereka tetap teruskan sebab tak kena intercept lagi, tak ada askar masuk dalam kapal. Sambil mereka kena meriam air itu, mereka masih lagi berlayar.
“Selepas itu, mereka hilang untuk teruskan perjalanan ketika askar-askar sibuk intercept kapal-kapal yang lain,” ujarnya.
Menurut Iylia, kapal Mikeno adalah kapal yang terakhir yang dikenakan sekatan namun yang terawal tiba di Pelabuhan Ashdod.
“Sebab dah dekat, tu yang awal pelik macam mana kapal Kak Ardell boleh yang terakhir tapi dia yang masuk penjara dulu daripada saya, padahal kapal kami yang pertama kena rampas,” ujarnya.
@sinar_my Apabila kita berteka teki dimanakah Ardell apabila kapal Mikeno tak bergerak, rupanya mereka dimasukkan ke penjara dulu berbanding kapal Ilyia sendiri iaitu kapal pertama yang di intercept. Allahuakbar 🥹 #PagiDiSINAR #SINARMuzikRetroTerbaik
Kata Iylia, kapal Mikeno menjadi kapal misi kemanusiaan pertama yang begitu hampir dengan perairan Gaza.
“Tapi cuma ada yang kata lagging pada tracker sebab masih berlayar, mungkin ketika itu kapal mereka sudah dibawa (tentera Israel).”
Sumber: TikTok