in

Betul Ke Pesakit Kanser di Malaysia Lebih Percayakan Bomoh Daripada Doktor?

Main Image 11581

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang tahu, kanser adalah penyakit yang bahaya dan pembunuh ketiga tertinggi di Malaysia lepas serangan jantung dan kemalangan. Jumlah pesakit alami penyakit ni dikatakan meningkat hampir setiap tahun tau. Tapi apa yang peliknya, ada lagi pesakit yang kurang pendedahan tentang rawatan penyakit macam ni.


Image014
gambar hiasan

Menurut Malaysian Digest, lebih separuh daripada pesakit kanser terutamanya di Kelantan still percaya dengan rawatan alternatif macam homeopati, minum minuman herba dan bomoh. Semua ni dikatakan berpunca daripada rasa takut nak berjumpa dengan doktor. Biar betul korang?

Kelantan yang mencatatkan bilangan pesakit yang tinggi dengan 54 peratus, hanya dapatkan rawatan bila kanser dah di tahap yang teruk iaitu tiga atau empat sampai boleh bawa kepada risiko maut. Ya Tuhan kenapa macam ni??

Camcer1
sumber: malaysian digest

Menurut Dr. Imi Sairi yang pakar dalam bidang ni, pesakit kanser guna rawatan alternatif sebab dorang ada persepsi yang salah tentang penjagaan dan rawatan di hospital sampai ada yang menunggu untuk dapatkan rawatan bila sakit mereka dah semakin teruk. Adoi!

Tak cukup dengan tu, pesakit ni jugak percaya dengan mitos yang diberitahu rakan dan keluarga macam kalau orang yang hidap kanser payudara tak boleh dedahkan payudara dorang pada benda tajam. Kononnya takut kanser tu boleh merebaklah dengan lebih teruk.

Bomoh
gambar hiasan

Ada jugak yang percaya dengan keajaiban jus durian belanda, air herba dan produk kesihatan yang ada di pasaran sekarang kononnya lah mungkin boleh sembuh penyakit.

“Walaupun ini mungkin baik untuk kesihatan, ia tidak boleh merawat kanser.

“Sedihnya, pesakit ini lebih suka menanggung kesakitan dengan mendengar (kata-kata) ahli keluarga dan rakan-rakan, daripada mencari rawatan di hospital,” kata Dr. Imi Sairi.

Walaupun pergi ke hospital dan dapatkan rawatan dengan secepatnya ni penting untuk pesakit kanser tapi ni tak bermakna korang yang menghidap kanser langsung tak boleh dapatkan rawatan alternatif lain.

Radioterapi 1
gambar hiasan

Sebabnya, rawatan alternatif kata Dr. Imi Sairi boleh tingkatkan sistem imun pesakit yang lemah lepas jalani rawatan perubatan. Tapi Dr. Imi takutlah jugak kalau pesakit akan tinggalkan rawatan di hospital bila mula rasa sihat dan bergantung sepenuhnya kepada rawatan alternatif.

Bagi pesakit kanser, dapatkanlah rawatan kat hospital secepatnya. Korang boleh je ke Institut Kanser Negara di Putrajaya. Kat situ ada banyak kemudahan yang akan membantu merawat pesakit. Kita ikhtiar selagi boleh ya? 

Baca: Bomoh Gatal Kantoi ‘Rawat’ Pesakit Dengan Bogelkan dan Korek Kemaluan Mangsa

Bomoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.