Bomoh Gatal Kantoi ‘Rawat’ Pesakit Dengan Bogelkan dan Korek Kemaluan Mangsa

Sudah banyak kes melibatkan bomoh, tapi masih juga ada yang percaya dengan rawatan mereka ini yang lebih banyak auta dari menyembuhkan penyakit! Hmm dah tak tahu nak cakap apa…

Baru-baru ini, seorang lelaki yang kononnya mengaku sebagai bomoh telah ditahan selepas dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap tiga orang perempuan di Bintulu, lapor Malaysian Digest.

Suspek yang berusia 60 tahun dan tidak memiliki sebarang pekerjaan tetap dipercayai telah merawat tiga remaja perempuan iaitu seorang daripadanya berusia 11 tahun dan dua orang adik beradik, masing-masing berumur 15 dan 17 tahun.

Menurut bomoh tersebut, remaja-remaja itu perlu ‘dirawat’ bagi menghilangkan pelbagai masalah di dalam diri mereka. Ye lah tu ada masalah…

Gambar hiasan

Kejadian yang berlaku di sebuah rumah kuaters yang menjadi tempat suspek menjalankan rawatan itu bermula apabila dia mula membogelkan mangsa dan seterusnya memasukkan jari dan mengorek kemaluan mangsa ketika melakukan rawatan. Jijiknyaaa! 

Gambar hiasan

Pun begitu, segala tindakan suspek terbongkar selepas salah seorang mangsa memaklumkan kepada bapanya akan kelakuan jijik suspek ke atasnya. Bapa mangsa yang berang telah bertindak memukul suspek sehingga lebam sebelum seterusnya membawa bomoh jadi-jadian itu ke balai polis.

Berikutan penahanan suspek, pihak polis juga telah mendedahkan perbuatan yang sama dilakukan suspek terhadap dua lagi mangsa pada 2 September dan 10 September lalu. Makin menjadi-jadi perangai bomoh ni! 

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 12 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Berkali-kali dah diberi peringatan, jangan percaya sangat dengan bomoh. Kalau boleh masa rawatan, elok penjaga duduk sekali dengan pesakit dan bomoh untuk pantau apa yang mereka lakukan. 

Baca: Bomoh Indonesia Ditahan Kerana Merogol Remaja Ketika Melakukan ‘Rawatan’ di Sibu Jaya

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!