in

“Betul ke ni?” – Kajian: Wanita Malaysia Boleh Tahu Lelaki Punya ‘Performance’ Dengan Tengok Paha Je

Collage 61

Ok, kita semua tahu setiap orang ada taste tersendiri dan cantik tu subjektif. Tapi, ada data mengatakan yang dalam beberapa kes, sesetengah ciri tu lagi menyerlah dari yang lain. Ha, apa ciri-ciri tu?

Menurut WORLD OF BUZZ, dalam kajian yang dijalankan oleh aplikasi JustDating baru-baru ni terhadap 600 pengguna mendapati, 90% dari pengguna Malaysia mengatakan yang ‘kelebihan seksual’ adalah lebih penting dari ‘rupa’.

Malah, dorang siap cakap dorang boleh tahu sama ada bakal pasangan dorang ni boleh perform atau tak atas katil hanya dari gambar je. Amboi, dahsyatnya!

Kajian yang sama juga mengatakan, 85% wanita Malaysia boleh tahu apa yang lelaki boleh buat atas katil melalui paha mereka. Ini kerana, dorang percaya lelaki dengan paha yang lebih tegap sanggup untuk buat aksi ganas dan tahu lagi banyak ‘posisi’Yeke?

Untuk lelaki pulak, 77% dari responden mengatakan yang dorang boleh tahu apa yang wanita nak dari bibir,  ini bermakna, wanita bibir tebal dan penuh lagi menarik. Lelaki juga lebih terpikat dengan wanita mata besar dan telinga kecil.

 

60% dari responden wanita juga menambah, mereka merasakan lelaki yang gelak dan ketawa dengan yakin lebih confident untuk beraksi atas ranjang dan ‘tahan’ lebih lama.

Akhir sekali, 75% lelaki dalam kaji selidik mendapati wanita yang selalu senyum lebih sukakan seks dan selalu beri hint keinginan mereka dengan senyuman.

Kesimpulan dari kaji selidik ini, lelaki yang perfect adalah seorang yang mempunyai kulit gelap, paha tegap dan senyuman yang ‘membunuh’. Wanita yang perfect pula adalah seorang yang suka senyum dengan mata dan bibir yang besar serta telinga kecil. Hm?

So, korang rasa pun setuju ke dengan kaji selidik ni?

 

Baca: Kajian Tunjukkan Wanita Lebih Pandai Sorok Kecurangan Dari Lelaki, Betul Ke?

Screenshot 2019 09 26 At 4.24.10 Pm