“Benda ni tengah masuk pasaran Malaysia” – Kawan Mati Hisap K2/Spice, Lelaki Dedah Bahaya Ganja Sintetik

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Cannabis, marijuana, pot, weed, grass, hindu kush, herb dan apa-apa lagilah nama samaran yang mungkin golongan pothead ni tahu — semuanya merujuk kepada dadah jenis ganja.

Tidak seperti sejumlah negara lain di dunia di mana penggunaan ganja dibenar dan dibolehkan atau termanya yang sering kita dengar: legalized, Malaysia bagaimanapun mengkategorikan ganja di bawah Jadual 1 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Akta ini melarang mana-mana individu daripada mengimport, menanam, memiliki, memindah atau menggunakan bahan berkenaan.

Nak dipendekkan cerita, disebabkan ada negara yang melarang keras penggunaan marijuana, maka manusia mencari alternatif lain untuk memenuhi keperluan diri mereka — lalu terciptalah narkoba-narkoba yang dihasilkan di makmal.

Ini termasuklah ganja, yang dikenali sebagai ‘tembakau gorila’ atau nama lainnya K2/Spice.

Tidak sama seperti marijuana tradisional, K2/Spice ni telah di-alter dengan bahan chemical untuk membolehkan manusia berhalusinasi.

Dan ia sangat berbahaya, sehingga boleh mengakibatkan kematian — seperti yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, @Norxziq.

Pengalaman sama turut dikongsi beberapa pengguna Twitter lain, mengenai kesan dialami mereka setelah mengambil K2/Spice.

Antara kesan yang akan dialami setelah menggunakan dadah sintetik ini, ada dikongsikan seorang lagi pengguna Twitter @marzuqiii.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh Google mengenai bahaya ganja sintetik dan segala side effects yang akan dialami setelah menggunakannya.

 

Baca: “Kau tepuk jelah bagi tido!” – Ibu Sapu Dadah Seminggu Sekali Pada Gusi Bayi Untuk Bagi Tidur Tapi…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.