in

“Betapa bodohnya aku” – Anak Menyesal Suruh Bapa Sakit Jantung Jalan Kaki Ke Mall, Terkejut Tengok Tangan Berdarah

Sayang Ayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam mana hebat pun kita atas muka bumi ini, ingatlah tanpa ibu dan bapa kita bukan sesiapa. Sebab tu lah kita kena jaga hati ibu bapa kita baik-baik sebab mereka dah banyak berkorban untuk kita sejak kita kecil lagi.


Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang lelaki baru-baru ni berkongsi penyesalan yang dialaminya lepas buat satu perkara yang buruk kepada bapa sendiri. 

 

“Yang mana masih ada ayah, hargai dan berbaktilah sampai bila-bila” 

Menurut lelaki bernama Shafiq Zorkafli ni, semuanya bermula apabila dia ke mall untuk bayar bill telco bapanya di sana. Tapi akibat kecuaian sendiri, dia terlupa yang dia kena bawa ayahnya bersama di sana. Tanpa berfikir panjang, Shafiq telah menyuruh bapanya untuk datang ke mall dengan berjalan kaki! 

Tapi dia tak semena-mena rasa bersalah selepas itu apabila melihat keadaan ayahnya yang berdarah di tangan kerana terlanggar sesuatu ketika bergegas ke mall. Lagi memburukkan keadaan, ayahnya pulak sakit jantung. Aish macam-macam! 

View this post on Instagram

YANG MANA MASIH ADA AYAH HARGAI DAN BERBAKTILAH SAMPAI BILA BILA -sedih aku lihat pengorbanan ayah aku, dia sanggup buat apa sahaja demi aku,sanggup buat apa sahaja untuk seronokkan aku, tak kisah penat atau pun siang dan malam, dia sanggup berkorban untuk aku aku pergi mall depan rumah sebab nak bayar bill maxis , tapi betapa bodohnya aku sebab aku tak bawak ayah aku sekali dengan aku, sampai maxis aku nak bayarkan bill ayah aku dekat maxis central i city, then orang maxis cakap kena ada ayah aku untuk bayar bill ubah plan semua. dengan takde rasa salah aku call suruh ayah aku datang mall jalan kaki,tanpa fikir penat dia semua dan suruh je dia datang,ayah aku sampai je dekat maxis ,sumpah aku terkejut banyak sangat darah dekat tangan dan ayah aku berpeluh,aku tak tahu la pengorbanan ayah aku macam mana,mungkin dia nak cepat taknak aku TUNGGU lama dia jalan laju terlanggar sesuatu atau pun ape aku tak tahu, dia berpeluh sangat, aku rasa mesti dia penat sebab jalan kaki dari rumah dtg mall,untuk pengrtahuan ayah aku ada SAKIT JANTUNG, sumpah aku menyesal sangat ,tak pernah fikir perasaan ayah aku,hanya fikir untuk aku sahaja, maafkan aku ayah, yang mane masih ada ayah ,hargai dan berbaktila untuk ayah korang yang penat kerja 24 jam untuk korang !

A post shared by ‎‏الله اكبر ‎‏ (@shafiqzorkafli) on

 

“Bodohnya kau ni. Kalau kau ada otak, kau takkan suruh orang tua kau jalan kaki pi mall walaupun depan rumah. Anak derhaka” 

Daripada mendapat kata-kata semangat, posting lelaki ni tak pasal-pasal pulak mendapat pelbagai kecaman netizen yang menghukum sikapnya sebagai anak derhaka. Hmm salah tu memanglah salah tapi… bukan ke dia dah minta maaf?

Kesian
sumber: twitter

 

“Memang setiap orang selalu buat salah tanpa sedar tapi ada orang selalu “menyalahkan” orang lain dengan SEDAR” 

Memberi respon kepada komen-komen negatif yang menyerangnya di Instagram, Shafiq menjelaskan bahawa tujuannya berkongsi video tu adalah untuk beri pengajaran dan tauladan kepada orang ramai akan kesalahan yang dilakukannya.

Tak sangka pulak lepas share, makin ramai yang komen marah-marah kan? Haih kesian. 

Bagi min dalam isu ni kita husnudzon je lah. Ambil perkara yang baik dan buang perkara yang tak elok supaya di suatu masa nanti kita tak buat benda yang sama kepada ibu bapa kita sendiri pulak. 

Baca: Sedih Membayangkan Ramadan 6 Beradik Ini. Ibu Meninggal Dunia, Bapa Pula Dipenjara…

Kanka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.