in

Sedih Membayangkan Ramadan 6 Beradik Ini. Ibu Meninggal Dunia, Bapa Pula Dipenjara…

6 beradik featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak semua orang dapat merasai keseronokan menyambut Ramadan dengan keluarga tersayang. Macam 6 beradik di Seremban ni yang sambut bulan puasa tanpa ibu dan bapa di sisi.

Posting Nurita Zakaria April lalu telah menyentuh hati ramai netizen yang bersimpati dengan nasib 6 beradik itu. Abang sulung Muhammd Aiman Syazwan Abdullah, 12, kini harus menjaga 5 adiknya, Nor Aina Syazwani Mohd Fauzi, 10, Nor Aina Syazlina, 9, Nor Aina Syazlien, 7, Nor Aina Syazlieyana, 5, dan Muhammad Aiman Syazriezal, satu setengah tahun dekat rumah mereka di Kampung Sungai Timun Lubuk China, Rembau.


https://www.facebook.com/nuritazakaria/posts/10218734330928455

Sejak pemergian ibu tercinta, Nor Amira Sahran, 33, mereka kini menumpang kasih di rumah datuk saudara, Sajirin Kassim, 58, di Kampung Legong Ulu, Kota Rembau.

“Sebaik enam anak ini kehilangan tempat bergantung, saya dan ahli keluarga lain mengambil tanggungjawab menjaga mereka kerana bapanya masih berada di penjara akibat masalah dadah.

“Kami dapat rasakan perasaan enam beradik ini lebih-lebih lagi menjelang Ramadan dan kami perlu memastikan semua mereka berada dalam keadaan baik dan gembira biarpun perasaan kehilangan ibu dan ketiadaan bapa menjelang bulan suci ini sukar digambarkan.”

6 beradik
Sumber: Berita Harian

Nor Amira meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 25 April lepas. Lebih sedih, bapa mereka juga tidak ada bersama mereka dek kerana dipenjara atas kesalahan kes dadah.

Menurut Berita Harian, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata kerajaan negeri akan menyediakan bantuan kepada enam beradik terbabit termasuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan bantuan ke sekolah RM200 kepada mereka yang bersekolah.

Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberi sumbangan RM450 sebulan, manakala BaituMal akan menyumbang RM300 sebulan bagi menampung perbelanjaan mereka.”

Tabung sumbangan juga telah dibuka untuk 6 beradik ni selepas banyak persatuan, agensi dan orang perseorangan mahu hulurkan bantuan.

sumbangan
Sumber: Facebook
Sayunya tengok muka 6 beradik tu. Ya Allah kuatkan mereka…

Baca: “Mana satu mama saya?” – Anak Merintih Sambil Menatap Jasad Ibu Bapa Yang Dah Dikafan

mana mama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.