in

“Bestnya! Tapi tu la…”- Ramai Bimbang ‘Side Effect’ Projek Theme Park di Cameron Highlands

Ft Ch

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Destinasi percutian di taman tema merupakan salah satu destinasi yang menjadi pilihan orang Malaysia tak kira yang dah berkeluarga ataupun yang masih single. Boleh dikatakan hampir seluruh negeri di Malaysia mempunyai taman tema yang tersendiri.



Kelmarin, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Syukri berkata dalam sidang media bahawa ESCAPE Cameron Highlands bakal membuka taman tema yang baharu dan projek ini bakal menjadi titik permulaan kepada kebangkitan industri pelancongan domestik yang terjejas teruk akibat Covid 19, lapor Bernama.

 

Cantik gila kan theme park ni!

Escape Cameron Highlands

Theme park ini diramal bakal menjadi tempat tumpuan pelancong berbanding negara jiran dengan bertemakan pelancongan sihat, bersih dan berorientasi keluarga.

Dalam posting Twitter yang dimuat naik oleh @Pelabur_Bijak menunjukkan video view taman tema ESCAPE Cameron Highlands yang bakal disiapkan pada tahun 2023.

Walaupun begitu, ramai je yang tidak setuju dengan pembukaan theme park ni. Netizen bimbang dengan adanya taman tema tersebut, ia bakal menimbulkan banyak masalah alam sekitar seperti banjir, tanah runtuh, hilangnya  keunikan biodiversiti di Cameron Highlands. Min pun marah kalau macam tu…

Ramai yang menunjukkan rasa marah dan kecewa di ruangan komen. Antara komen yang buat min rasa tersentap adalah daripada pemilik account Twitter @notsoaidil.

@notsoaidil berkata dia risau dengan pembinaan taman tema ini akan menimbulkan isu persekitaran seperti banjir, tanah runtuh dan kepupusan biodiversiti yang unik. Katanya lagi, Cameron Highlands tak akan sejuk tanpa pokok.

 

“Patutlah netizen marah sangat”

Meskipun ramai yang memberi komen negatif, ada segelintir netizen yang bersetuju jika pembinaan taman tema ini diteruskan.

Mereka juga berpendapat bahawa sebelum pembinaan ini dibina, mesti pihak yang terlibat dah fikir apa yang akan berlaku.

Comment Theme Park Twitter

Setiap orang pendapat lain-lain. Tapi kalau  Cameron Highlands tak sejuk, mana min nk makan strawberry?

Baca: “Gilalah siapa yang petik nama saya” Tauke Nafi Dia ‘Pelawak’ Yang Ditahan Kerana Jadi Bapa Ayam

Gilalah E1628048599293

Sumber: ESCAPE
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.