Bagi korang yang mengikuti perkembangan isu pergolakan rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana, korang sedia maklum yang Puteri Sarah memang mempunyai hubungan yang baik dengan mentuanya.
Malah ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail juga sering dilihat mengeluarkan kenyataan di media sosial menyokong menantunya dalam apa jua keadaan.
“Dua figura yang sentiasa jaga dan sayang Sarah”
Baru-baru ini, Puteri Sarah ada memuat naik satu posting di Instagram memaparkan keakraban hubungan ibu bapanya dengan Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail semasa menyambut hari lahir anaknya, Sumayyah.
Menurut Sarah, bapanya dan Yusof Haslam merupakan dua individu yang paling dia hormat dan sentiasa menjaga serta menyayangi pelakon itu.
https://www.instagram.com/p/CqQHPJKLuz9/
Besan’s for life. Moga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat no matter what will happen in the future ?
“Terima kasih kerana menghormati keputusan Sarah,” tulisnya.
Dalam pada itu juga, menerusi salah satu posting, Datin Patimah ada meninggalkan komen berharap hubungan silaturahim antara dua keluarga tersebut akan kekal hingga ke akhir hayat.
Ya Allah semoga silatulrahim ini sehingga akhir hayat, Aamin3 HAPPY BIRTHDAY PUTERI SUMAYYAH!”
https://www.instagram.com/p/CqQbD-9LFM9/
“Nak blame on isteri? Birthday anak pun takde”
Posting Instagram yang dimuat naik Puteri Sarah itu telah mendapat pelbagai komen netizen yang kagum dengan hubungan kedua-dua buah keluarga tersebut.
Pun begitu, ada juga yang mempertikai keberadaan Syamsul yang tidak bersama-sama keluarga dalam menyambut hari lahir anak.
Kita doakan yang baik-baik sahajalah dalam bulan Ramadan ni kan. Harap hubungan keluarga Sarah dan mentuanya kekal utuh.