in

“Bertuah cikgu dia!” – Ibu Bapa Bawa Anak Pergi Kedai Emas, Beli Gelang Sempena Hari Guru

Hadiah Hari Guru Gelang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, para guru akan menerima hadiah daripada anak murid ketika Hari Guru sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka yang juga tidak pernah mengalah untuk memberikan ilmu pengetahuan.

Pelbagai hadiah yang diterima guru tetapi hadiah yang bakal diberikan oleh murid ini telah mencuri perhatian ramai.


Menerusi perkongsian pengguna @nurashikindin di TikTok, kelihatan wanita itu dan suaminya telah membawa anak mereka berkunjung di sebuah kedai barang kemas untuk membeli hadiah buat guru anaknya itu.

Artikel berkaitan: Pelajar Semangat Mahu Beri Hadiah Pada Guru Sedih Selepas Dapat Tahu Guru Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: “Saya tak ada hadiah” – Netizen Pelik Cikgu ‘Frame’ Duit, Sebak Jelaskan Rupanya Dapat Dari Murid

Difahamkan ibu bapa kanak-kanak tersebut membeli 10 utas gelang untuk diberikan kepada guru-guru anaknya itu.

“Hadiah Hari Guru 2024 daripada Hafiy Hadeef untuk mualim dan mualimah (guru). 10 orang gurunya.”

@nurashikindin

Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah ❤️. 10 orang guru nya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru hafiy cantik2 💋 #hadiahhariguru2024 #habibjewels #fypシ゚viral @HABIB Jewels

♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282

Menurut Nurashikin, itu adalah cara mereka menghargai jasa dan pengorbanan tenaga pengajar yang tidak lokek mencurahkan ilmu untuk cahaya mata mereka yang berusia 7 tahun.

“Bertuah cikgu dia”

Menjengah ke ruangan komen, netizen menitipkan ucapan terima kasih dan memuji cara yang digunakan ibu bapa ini dalam menghargai jasa guru-guru anaknya.

Dalam pada itu, netizen juga mengimbau kenangan mereka ketika sambutan Hari Guru suatu ketika dahulu.

Malah, ada juga guru yang meninggalkan komen kenangan mendapat hadiah daripada anak-anak muridnya dan bagi mereka kesemua hadiah yang diterima amat bermakna.

Screenshot 2024 05 15 154720 Screenshot 2024 05 15 154746 Screenshot 2024 05 15 154756 Screenshot 2024 05 15 154836

Betul tu, hadiah apa pun guru tak kisah, asalkan anak muridnya menjadi insan berjaya

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.