in

“Saya tak ada hadiah” – Netizen Pelik Cikgu ‘Frame’ Duit, Sebak Jelaskan Rupanya Dapat Dari Murid

Ft Cikgu Terharu Dapat Hadiah Murid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun Hari Guru boleh dikatakan dah lama berlalu, memori dan nilai sentimental hadiah yang diberikan oleh anak murid pasti akan dikenang kerana inilah penyejuk hati buat para pendidik apabila pengorbanan dan jasa dibalas.


Seorang guru yang dikenali sebagai @ijam_petra begitu aktif di TikTok sampaikan ada netizen perhatikan di setiap sudut rumahnya. Apa yang menarik perhatian warganet adalah 2 helai duit kertas bernilai RM 1 diletak ke dalam bingkai.

 

Saya tak ada hadiah nak bagi teacher

Katanya itu adalah pemberian daripada seorang muridnya pada sambutan Hari Guru pada Mei lepas, pada mulanya dia enggan menerimanya tetapi murid tersebut bertegas agar cikgu ini menerimanya dengan tujuan agar cikgu ini sentiasa ingat dengan murid tersebut.

“Saya tak ada hadiah nak bagi teacher, saya ada duit ni je, saya macam eh its okay duit ni saya bagi kat kamu balik, kamu pergi makan kira hadiah kamu balik. Dia kata, tak nak teacher simpan, teacher akan ingat saya.”

Cikgu Terharu Dapat Hadiah Murid

Terharu dengan pemberian murid tersebut, cikgu ini tidak akan menggunakan wang tersebut dan itu sebab dia letak ke dalam satu bingkai yang juga diberikan oleh anak murid yang lain.

“Ya Allah semoga Allah permudahkan segala urusan dia, semoga menjadi anak yang soleh solehah menjadi anak yang cemerlang gemilang terbilang. Amin, semoga apa yang dihajati tercapai.”

Tidak cukup dengan itu, cikgu ini juga ada menunjukkan tabung pemberian muridnya pada tahun 2017, dia memanfaatkan tabung tersebut dengan melakukan ‘sedekah subuh’ dimana meletak duit syiling selepas solat subuh dan agihkan kepada masjid selepas dah penuh.

Cikgu Terharu Dapat Hadiah Murid 2

“Sampai sekarang saya gunakan dan saya niat, setiap saya masukkan duit ni, orang kata sedekah subuh kan, subuh tu saya akan masukkan 10 sen ke 20 sen ke dan saya takkan gunakan duit ni dan duit ni bila dah penuh saya akan hantar kat masjid, surau dan sebagainya.”

“Saya akan niat, semoga sedekah ni pahala tu mengalir dekat dia dan keluarga, insyallah sahabat handai dan sebagainya. Terima kasih banyak-banyak, saya hargai.”

@ijam_petra

Reply to @syaf998 Reply to @syaf998 jom sama-sama aminkan #risaukadangkadang #kesianehkesian #fyp #fypシ #fypmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokindonesia #m

♬ original sound – ijam petra official – ijam petra official

 

Teringat cerpen hadiah hari guru – Netizen

Video ini telah meraih lebih daripada 375K jumlah tontonan dalam masa 19 jam dan menjengah ke ruangan komen, ramai yang terharu apabila mendengar penjelasan cikgu ini dan ada juga yang memuji cara guru ini manfaatkan pemberian anak muridnya, malah ramai juga sambut ‘amin’ doa yang dititipkan oleh guru ini.

Cikgu Terharu Dapat Hadiah Murid 3 Cikgu Terharu Dapat Hadiah Murid 4 Cikgu Terharu Dapat Hadiah Murid 5 Cikgu Terharu Dapat Hadiah Murid 6

Sama-sama lah kita doakan agar guru ini dimurahkan rezeki serta murid yang dimaksudkan itu. 

Baca : “Saya tahu siapa buat, saya mohon maaf” – Kecoh! TikTok ‘Famous’ Disantau?

Fi Santau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.