in

“Bertentangan syariat Islam” – Ustazah Asma’ Harun Selar Trend Fesyen Tudung Lilit, Baju Raya Ketat

Ft Ustazah Asma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim Ramadan bakal menjelang tiba tak lama lagi, pastinya sekarang ini, ramai yang dah mula menempah dan merancang persiapan untuk bulan Syawal nanti.

Biasanya perkara pertama yang kita akan fikir adalah busana di hari pertama raya nanti. Selain warna jenis rekaan juga memainkan peranan penting buat wanita.


Bagaimanapun, Ustazah Asma’ Harun menzahirkan rasa kesal dengan umat Islam masa kini, baginya bulan Ramadan dah dianggap rosak dek kerana Syawal.

 

“Rosaknya Ramadan kerna Syawal”

Menerusi Instagram miliknya, pendakwah bebas ini menegur pereka sekarang membuat pakaian fesyen-fesyen raya yang baginya bertentangan dengan syariat Islam.

“Makin ramai pereka fesyen dan model muslimah menggayakan busana raya yang ketat ikut ukuran badan, dipadankan dengan tudung singkat lilit leher, jadi trend. Ia jelas bertentangan syariat Islam !! Rosaknya Ramadhan kerna Syawal.”

https://www.instagram.com/p/CphdRgPLWHV/

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pandangan Ustazah Asma’ Harun ini ada juga ingin bertekad untuk memakai baju-baju yang longgar, bahkan ada juga netizen yang mendakwa sebahagian jenama yang mengenakan rekaan sama dengan taktik pemasaran kurang sedap mata memandang, iaitu dengan cara menari-nari.

Screenshot 2023 03 10 165546 Screenshot 2023 03 10 165624 Screenshot 2023 03 10 165700 Screenshot 2023 03 10 165801

Hurm, min pun perasan ada juga jenama yang claim fesyen muslimat tapi bila tengok design dia, hurmm macam tak menepati.

Baca : “Tanda akhir zaman” – Ustazah Asma’  Harun Kecewa Arab Saudi Sambut Halloween Besar-Besaran

Ustazah Kecewa Halloween

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.