Hati-hatilah wanita kat luar sana yang berjalan bersendirian atau sedang menunggang motosikal. Jenayah ragut nampaknya kembali rancak berlaku dan baru-baru ni seorang wanita hampir keguguran disebabkan jenayah jijik ni!
Menurut mStar, mangsa, Siti Fatimah Taqiah yang sedang menunggang motosikal ke tempat kerjanya di Melaka tu tak menyangka langsung kejadian tersebut boleh berlaku kepadanya.
“Saya perasan ada motosikal yang mengekori dari belakang…”
Siti Fatimah yang menceritakan semula apa yang berlaku memberitahu ketika tiba di lampu isyarat, dia mula sedar ada sebuah motosikal sedang mengekorinya dari belakang.
Tanpa disangka-sangka, penunggang tu terus meragut beg yang diletakkan dalam bakul depan.
“Ketika itu pukul 10.50 pagi, saya dari Krubong Perdana menghala ke tempat kerja di Mydin MITC. Sebaik tiba di lampu isyarat, saya perasan ada sebuah motosikal yang seperti mengekori dari belakang.
“Ketika tiba di Jalan MITC berhampiran Lembaga Perumahan Melaka, penunggang motosikal itu menghampiri dan terus meragut beg yang saya letakkan di dalam bakul di hadapan,” kata Fatimah.
Fatimah juga pada masa yang sama berkongsi kejadian ini di Facebook.
https://www.facebook.com/siti.fatimahtaqiah/posts/760305027763819
“Saya bersyukur sangat kandungan selamat”
Akibat daripada insiden pergelutan itu, Fatimah terjatuh daripada motosikal. Namun mujurlah seorang uncle India datang membantu dan dia dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans selepas buat laporan polis di balai.
“Saya dibawa ke bahagian kecemasan akibat luka di kaki dan terhentak di bahagian punggung. Malah sehingga kini rasa sakit di bahagian punggung itu masih terasa,” kata Fatimah.
Lebih mengejutkan, beberapa hari kemudian Fatimah mendapat tahu yang dirinya sedang berbadan dua!
“Saya bersyukur sangat kandungan saya selamat. Kalau ikutkan ketika kejadian itu, usia kandungan saya 3 minggu. Alhamdulillah kandungan saya dalam keadaan baik hingga sekarang,” tambahnya lagi.
Buat masa ini, pihak polis masih menyiasat kes tersebut namun peragut tidak dapat dijumpai lagi.
Syukurlah kandungan akak ni selamat. Semoga penjenayah cepat dijumpai.
Baca: Kantoi! Budak Runner Ragut Rantai Wanita Depan Sogo, Siap Kena Rakam Pulak Tu!