in

“Berpesta di Dash Hotel, tidak benar” – Positif COVID 19, Harris Annuar Dedah Sejarah Perjalanan di Langkawi

Tempat Harris Pergo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, instafamous Harris Annuar telah memaklumkan dirinya sah positif COVID 19 selepas pulang bercuti daripada Pulau Langkawi.


Susulan pengumuman tersebut, netizen di media sosial mula mengeluarkan pelbagai spekulasi mengenai keberadaan Harris di Langkawi hingga menyebabkan dia menghidapi wabak tersebut.

 

Harris jawab spekulasi, tidak berparti di Dash Hotel 

Walau bagaimanapun, menerusi Instagram Harris semalam, dia telah mengeluarkan kenyataan rasmi daripada syarikat pengurusannya untuk menjawab spekulasi yang kini tersebar luas di media sosial.

Hantaran tersebut mendedahkan beberapa berita palsu yang mengatakan Harris telah berpesta dan mengunjungi tempat sesak sepanjang di pulau peranginan tersebut.

Menurutnya, Harris sama sekali tidak pernah berpesta di Dash Hotel dan tidak juga mengunjungi Restoran Cili Kampung seperti yang digembar-gemburkan netizen. 

Tambahnya lagi, Harris juga sentiasa mengamalkan SOP yang ditetapkan kerajaan dan mengimbas MySejahtera setiap kali ke tempat-tempat yang dilawatinya sepanjang berada di Pulau Langkawi.

Berikut senarai tempat yang dikunjungi Harris Annuar: 

  • Hotel 
    • 26 hingga 27hb Disember – Chupun Avillage
    • 27 hingga 29hb – Ab Motel
    • 29 hingga 2hb – Camar Resort
  • Tempat dan restoran yang dilawati
    • 27/28 dan 29hb – Bamboo Corner / Western Pantai Cenang Scuba Cafe
    • 28, 29, dan 31hb – Scuba Cafe
    • 28/1hb Januari – Nasi Dagang Pak Malau
    • 28hb – Hidden Cafe Pantai Tengah
    • 28hb – Pulau Tasik Dayang Bunting
    • 29hb – Kak Yan Nasi Campur
    • 30hb – 420 Burger Station
    • 31hb – Restoran Sg Lubuk Buaya
    • 31hb – Arang Grill Pantai Tengah
    • 1hb – Langkawi SkyCable/Skyrex/Skydome/3D Art
    • 1hb – Kalut (11 pm hingga 11.05 pm)

View this post on Instagram

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Pihak pengurusan Harris, Absolut Management kini menyerahkan perkara tersebut kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Kepada mereka yang mengunjungi tempat yang dilawati Harris, anda juga dinasihatkan untuk membuat ujian COVID 19 dengan kadar segera.

Semoga Harris cepat sembuh! 

Baca: “Maaf atas segala kesulitan” – Harris Annuar Sah Positif Covid-19 Lepas Pulang Sambut Tahun Baru Di Langkawi?

Harris

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.