in

“Berlakon satu apa award pun takde” – Puteri Balqis Bengang, Disindir Pelakon Umur 14 Tahun?

Puteri Balqis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Puteri Balqis bukanlah nama asing dalam industri perfileman negara, pelakon remaja ini pernah menggondol anugerah pelakon wanita terbaik dalam Anugerah Televisyen Asia ketika usianya 7 tahun.


Posting terbaru di IG Story miliknya menimbulkan persoalan ramai netizen apabila dia memarahi seorang individu yang juga pelakon lain yang berusia 14 tahun.

Dalam posting tersebut, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish menganggap tindakan aktres muda itu tidak wajar yang gemar memerli orang lain serta membandingkan kecantikannya.

Cats 67

“Kau ni baru 14 tahun. Tak banyak beza pun dengan aku. Tapi cringe kau mengalahkan orang tua. Habis semua orang kau nak perli, nak bandingkan dengan kecantikan kau.

Video tayang jub*r hari-hari, tapi berlakon satu apa award pun tak ada. Tolonglah jangan bagi aku satu set dengan dia.

Tak sanggup tengok dia flip hair 20 kali seminit. Bangga dengan boyfriend muka tak semenggah tu. Adoi, jangan babitkan aku,” tulisnya.

Dalam posting tersebut Aqish turut berkata dia berharap dia tidak akan disatukan dalam produksi bersama pelakon tersebut.

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis, tiada penjelasan lain diberikan oleh Puteri Balqis berkenaan posting tersebut.

Hmm, janganlah gaduh-gaduh tak baik…

Baca: Cedera Akibat Kemalangan Di Set Penggambaran, Keadaan Pelakon Cilik Makin Teruk

Pelakon Cilik Cedera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.